Anda mungkin sedang mencari kerja lagi pada ketika ini dan sudah berpuluh-puluh syarikat telah anda pergi termasuk syarikat tempatan mahupun luar negara (international) tetapi masih belum diterima untuk bekerja.

 

Mungkin anda rasa ketika temuduga, anda sudah lakukan sebaik mungkin tetapi sebenarnya tidak. Terdapat perbezaan jurang kerja di antara syarikat dalam negeri dengan syarikat luar negara. Syarikat luar negara lebih susah sedikit berbanding dengan syarikat tempatan kerana kebanyakkan syarikat luar negara amat teliti memilih pekerja dan banyak pemohon ditolak kerana gagal ketika fasa temuduga.

 

Sebelum ini anda mungkin pernah lihat video Muhamad Khalid Ismail yang menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen termasuklah stesen televisyen tempatan. Kali ini beliau kongsikan sedikit rahsia yang anda perlu tahu sebelum memhon kerja di syarikat antarabangsa (syarikat luar negara).

Perasan tak di negara kita banyak projek pembangunan di monopoli oleh syarikat korea dan anda mesti pernah memohon di syarikat tersebut tetapi masih gagal untuk mendapatkannya. Kan? Ini lima rahsia yang anda harus tahu sebelum memilih untuk bekerja di syarikat korea.

 

Muhamad Khalid Ismail atau nama panggilan ' Karl Lead' (Khalid) berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan kini beliau sedang bekerja di Korea Selatan sebagai perunding bisnes (Business Consultant). Menurut Khalid, beliau mula menyambung pengajiannya di Korea pada tahun 2007 selepas menamatkan pengajian di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu.

 

Tahun pertama di Korea, beliau berpeluang untuk belajar bahasa Korea selama setahun di Pusat Bahasa Seoul National Universiti (SNU) dan seterusnya melanjutkannya pelajarannya ke peringkat Associate Degree( setaraf dgn Diploma di Malaysia) Mech. Engineering di Dongyang Mirae Uni (DMU) selama 2 tahun.

 

Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke Korea University dan Sehubungan dengan itu, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Mechanical Engineering pada Februari 2012 selepas beliau tamat pengajian selama dua tahun di Korea Universiti dan beliau merupakan pelajar tajaan JPA di sepanjang pengajian 5 tahun di Korea..

 

Menurut Khalid, sebelum tamat pengajian di Korea, beliau rasa amat berat hati untuk meninggalkan negara tersebut kerana kebanyakkan rakan beliau merupakan rakyat di sana dan jiwanya turut sudah sebati dengan budaya Korea.

 

Pada semester terakhir, beliau telah mencuba nasib dengan menghantar pemohonan kerja (resume) di beberapa syarikat di Korea Selatan namun kebanyakkannya gagal beliau perolehi. Khalid turut menjelaskan bahawa sudah lebih dari 40 permohonan kerja telah dihantar dan lebih daripada 70% ditolak kerana bagi beliau mungkin kebanyakan syarikat korea tersebut tidak memerlukan pekerja warganegara asing.

 

Setelah berpuluh-puluh kali mencuba nasib, akhirnya Khalid berjaya mendapat panggilan kerja di Syarikat Samsung C&T sebagai Technology Business Development Associate untuk membida  projek berskala mega dalam industry LNG dan perlombongan(Mining) di Amerikas, Australia dan Asia. Beliau ketika itu ditugaskan untuk mencari prospek projek baru dan membida projek.

 

Selepas beberapa tahun bekerja di syarikat tersebut, Khalid telah mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan bisnes beliau sendiri iaitu sebagai perunding bisnes (Business Consultant) di Korea. Menurut beliau terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum memohon kerja di syarikat Korea (Syarikat lain pun boleh ambil kira juga).

Budaya Asing

Menurut Khalid, syarikat Samsung C&T Corporation amat popular di Korea dan mereka amat disegani oleh orang Korea kerana syarikat ini adalah salah satu syarikat utama Samsung Group dan merupakan syarikat pertama ditubuhkan oleh pengasas Samsung.

Sebelum anda memulakan bicara mengenai pengalaman dan kelebihan skil, anda harus tahu bagaimana budaya mereka dan cuba suaikan diri. Nak menarik perhatian orang Korea ini mudah sahaja, anda harus tunduk hormat pada mereka dan selebihnya cuba bertindak secara professional.

Timing/Masa

Jika anda lihat pada video yang sudah menjadi viral pada ketika ini, Khalid turut sempat menceritakan tentang pembinaan Menara Berkembar Petronas di mana sebelah menara dibina oleh Jepun dan sebelah lagi dibina oleh Korea.

Dalam video tersebut, Khalid turut menjelaskan bahawa Korea siap sebulan awal daripada Jepun dan tidak hairan pada ketika ini banyak syarikat Korea memonopoli di negara kita. Mereka amat mementingkan masa dan jika mereka lambat ia menandakan rugi buat mereka. (Itulah cara professional sebenar! Hehe)

Pressure/Tekanan

Persekitaran kerja bersama orang Korea amat berbeza dengan orang tempatan kita kerana mereka lebih tekanan. Jika anda lihat di dalam filem atau drama siri, kebanyakkan mereka amat serius melakukan kerja dan itulah yang akan terjadi pada realiti.

Anda harus memberi komitmen dan hasil sebaik mungkin kepada syarikat jika tidak mahu diri anda ditekan oleh orang atasan.

Bahasa

Bahasa amat penting bagi kita semua bagi mengelakkan permasalahan komunikasi. Jika anda boleh bertutur bahasa Korea ia merupakan satu kelebihan buat anda dan pihak majikan pasti akan tertarik untuk mengambil anda kerja.

Jika anda tidak fasih atau tidak tahu langsung tentang bahasa mereka, ia tetap bukan masalah utama. Asalkan anda tahu untuk bertutur bahasa Inggeris ia sudah memadai. **Jangan tak tahu speaking langsung, itu lagi payah nak dapat kerja terutama di syarikat luar**

Pengalaman Lebih Penting  sama penting dengan Personaliti

Lebih lebih lagi untuk freshgrade, Korea sgt mengambil berat tentang penampilan and personality.

-    Atas sebab itulah ramai org buat plastic surgery and korea suka edit gambar profile.

-    Alma Matter, secara tradisininya korea sgt mementingkan university yg pernah kita belajar and biasanya graduate dr uni terbilang di korea lebib mudah mendapat kerja di syarikat utama/besar kerana kebanyakan executives mereka dr uni-uni tersebut dan mereka lebih suka memberi peluanga kepada “junior” mereka. Sbg contoh, GS group (one of top 10 Conglomerate) Chairman dr Korea Uni, apa sy tahu mereka lebih suka mengrecruit graduate dr Korea Uni. (sy juga pernah mendapat tawaran bekerja di GS)

.

Untuk bahagian ini, admin sendiri pernah alami dan admin rasa Khalid sendiri pun mesti setuju dengan apa admin nak katakan ini. Kadang-kadang kita amat risau dengan penampilan kita dan sayang untuk menukarkan kepada yang lebih 'kemas' (polite).

Bagi admin, orang Korea amat tidak menitik beratkan tentang penampilan, bagi mereka pengalamana itu lagi penting dan harus di titik beratkan. Pastikan pengalaman anda dapat membantu anda dalam sesi temuduga dan jika anda tiada pengalaman terhadap bidang tersebut, sekurang-kurangnya buat kajian tentang peranan jawatan yang dipohon (Job scope).

 

P/s: Orang Korea ni nak tahu kita boleh buat ke tak kerja yang dia nak bagi tu. Jangan tak buat reasearch pastu main serbu. Itu cari nahas namanya. Hehe

 

Manakala mengenai video beliau yang sudah menjadi viral sebelum ini, Khalid menjelaskan bahawa pada mulanya beliau hanya bergurau bersama rakan Koreanya tetapi tidak sangka pihak produksi telah menelefon beliau untuk saringan dan akhirnya beliau dapat mewakili negara kerana percakapan yang santai dan mencuitkan hati.

 

 

Rahsia ini tidak semestinya hanya untuk syarikat Korea, namun anda tetap boleh gunakan ia sebagai rujukan untuk syarikat negara lain termasuklah syarikat tempatan. Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang diinginkan oleh orang luar dan dengan adanya perkongsian ini, harap dapat membantu anda dalam kerjaya. Semoga berjaya!

 

Sumber: Muhamad Khalid Ismail