Macam-macam hal dalam dunia ini. Hal ini akan membuatkan anda terkejut dan hairan apabila seorang lelaki disaman oleh mahkamah apabila di tuduh memandu sambil 'berdiri'.

Kejadian tersebut berlaku di London, Adam Elliott telah disaman oleh pihak polis pada Januari tahun lalu ketika memandu kereta Ford Ka di Gatehead. Beliau ketika itu sedang dalam perjalanan menghantar kereta berkenaan kepada pelanggannya.

Kerana terlalu tinggi, beliau duduk macam mana sekali pun, kepalanya tetap melebihi cermin depan kereta tanpa bumbung yang dipandunya itu. Adam yang mempunyai ketinggian 1.99 meter itu menjelaskan beliau didakwa sambil berdiri dan 'menunjuk-nunjuk' kepada pengguna jalan raya yang lain.

Selepas sebutan kesnya di mahkamah, Adam menjelaskan bahawa ia adalah satu salah faham yang berpunca daripada ketinggiannya.

"Kereta ini terlalu kecil untuk saya. Saya tidak berdiri, saya hanya terlalu tinggi. Saya mengaku salah dan peguam saya menasihatkan supaya mengaku salah bagi menjimatkan masa dan tidak memanjangkan kes itu," jelasnya.

Robert Adams merupakan Hakim ketika itu telah menangguhkan kes berkenaan untuk menjatuhkan hukuman pada bulan depan.

"Ia jelas kamu menunjuk-nunjuk dan mempamerkan ketinggian kamu itu kepada orang ramai. Kamu mengganggu tumpuan pemandu lain. Ia perbuatan yang bahaya," jelas hakim.

Sumber: Telegraph.co