Cinta tidak mengenal paras rupa, cinta itu buta, cinta itu tidak mengenal siapa dan ternyata semua kenyataan tersebut adalah benar!

 

Ungkapan itu sesuai ditujukan kepada pasangan dari Thailand yang dikenali sebagai Cherry dan Ball. Jika dilihat pada saiz tubuh badan Ball yang seberat 120kg, amat jauh untuk dibandingkan dengan kekasihnya Cherry yang hanya berat 44kg sahaja.

Mereka berdua sudah berkenalan lebih daripada 10 tahun dan ia sudah semestinya menimbulkan pra-sangka dari orang sekeliling mereka apabila melihat pasangan ini bersama.

 

Ball atau nama sebenar beliau Puwadol Kumthai dan Cherry atau nama sebenarnya Siripa Boonraksol telah menjelaskan bahawa mereka sedang merancang mendirikan rumah tangga dan Cherry tidak sabar untuk melihat Ball menjadi bapa.

Cherry yang merupakan seorang jururawat di Mission Hospital yang terletak di Bangkok menjelaskan bahawa, beliau sedar teman lelakinya itu tidak kacak seperti lelaki lain tetapi beliau tetap bangga keluar bersama.

 

Menurut Cherry lagi, beliau keluar dengan seorang lelaki bukannya paras rupa. Cherry turut menjelaskan bahawa sifat Ball yang sangat baik hati telah membuatkan Cherry terima Ball dengan seadanya.

"Dia sangat penyayang dan memahami. Seperti contoh, dia tidak suka wanita berambut pendek tetapi apabila dia melihat saya berambut pendek, dia akan kata saya comel! Kami turut kongsikan semuanya bersama termasuk kesedihan dan kebahagian, itulah perkara utama!" Jelas Cherry.

 

Cherry turut sedar bahawa terdapat segelintir masyarakat suka mengata perkara negative mengenai mereka terutama tentang Ball dengan memanggil panggilan 'Ball gemuk' namun itu bukan penghalang Cherry untuk terus mencintai Ball.

Kisah cinta pasangan ini telah menjadi viral di laman sosial di negara Thailand dan sekaligus menjadi inspirasi kepada netizen di sana. Tahniah Ball! Hat off!

Sumber: Siakap Keli, Mirror