Waktu zaman kanak-kanak, kita sering didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda. Antaranya Sudoku, cara buka ikatan, cara melepaskan gelung besi ke tempat yang lain dan macam-macam lagi.

 

Tetapi, tahukah anda bahawa seorang lelaki yang berasal dari Jepun telah mengambil masa selama 10 tahun untuk menyelesaikan teka-teki ini.

Teka-teki ini pasti anda pernah main dan masih tidak dapat untuk menyelesaikannya bukan? Jika dapat pun mungkin anda sudah lupa bagaimana cara melakukannya.

 

Selepas mencuba nasib selama 10 tahun, lelaki ini telah meminta pertolongan di sebuah rancangan televisyen untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Lebih mencuitkan hati, mereka turut memanggil professor, ahli pakar magis dan termasuk binatang untuk menyelesaikan teka-teki ini.

 

Selepas 10 tahun mencuba nasib, akhirnya teka-teki itu berjaya diselesaikan oleh seorang pakar. Jom saksikan video di bawah.