Jika anda risau tentang kehilangan rambut atau masalah botak, kini anda boleh membiarkan ia berlalu kerana selepas anda membaca tentang kajian dilakukan ini, ia akan mengubah hidup anda kepada lebih baik dari sebelum ini.

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2012 oleh Bussiness Insider, lelaki botak sering dilihat sebagai lebih berjaya dan dominan berbanding dengan lelaki normal (genetik subur).

Kajian ini mengatakan bahawa wanita lebih cenderung untuk mencari lelaki mempunyai kurang bulu, kuat (stamina dan fizikal), dan lebih berpengaruh. Tetapi ia bukanlah berita yang baru untuk anda kerana ia telah terbukti apabila pelakon terkenal Holywood, Bruce Willis, Dwayne 'The Rock' Johnson, dan Jason Statham mempunyai kepala botak licin.

 

Kajian ini telah dijalankan oleh saintis Albert E. Mannes di Universiti Pennsylvania. Kajian beliau turut mengumpul dan menyusun maklumat dari 59 subjek, menunjukkan pelbagai foto lelaki.

Foto yang pertama seorang lelaki dengan kepala penuh rambut dan yang kedua menunjukkan lelaki yang sama tanpa memiliki sehelai rambut pun.

Kebanyakkan peserta yang memasuki kajian ini memilih lelaki botak berbanding memiliki rambut kerana lelaki botak lebih menarik secara keseluruhannya.

Berikut adalah satu penjelasan yang mungkin boleh memberi keyakinan kepada anda.

"Saya tidak mengatakan bahawa lelaki botak itu membuat anda seorang yang berjaya, tetapi ia adalah satu permulaan perbualan yang anda telah melakukan sesuatu yang aktif," Usahawan Teknologi, Seth Godin memberitahu Wall Street Journal.

 

Lelaki botak bukan sahaja kelihatan lebih berjaya tetapi juga bijak. Kebanyakkan lelaki botak dilihat pada usia yang lebih tua dan mudah mendapat perhatian dari wanita sebagai lebih bijak dan pengaruh, menurut satu kajian yang berasingan yang dilakukan oleh Universiti Saarland.

Terdapat satu anggapan bahawa lelaki lebih terserlah, bijak, menarik, pengaruh dan berjaya adalah lelaki yang berjaya tidak mempunyai rambut sehelai pun dan jika lelaki itu memiliki tompok botak atau botak bercorak, ia lebih cenderung untuk dilihat sebagai lemah dan kurang menarik.

Jadi, selepas ini jika terdapat satu perbalahan atau perbahasan tentang penggayaan rambut, mungkin anda boleh sarankan kepada mereka untuk cuba gaya  'botak'.

Sumber: Bussiness Insider