PERCAYA atau tidak itulah kenyataan apabila usia bukan penghalang bagi Kazuyoshi Miura untuk terus bersaing dalam Liga Jepun (Liga J).

Bakal menyambut usia kelahiran ke 50 pada 26 Februari nanti, Miura yang baru menyambung kontrak baharu selama setahun dengan kelab Yokohama FC yang beraksi dalam Divisyen 2 sebagai penyerang telah menjaringkan dua gol dalam 20 penampilan musim lalu.

Memulakan kerjaya di Brazil dengan pasukan bola sepak Santos, membuat penampilan pertama  pada 1986, Miura juga telah menjaringkan 14 gol pada kelayakan Piala Dunia FIFA 1998.

Kali terakhir bermain dengan pasukan kebangsaan pada 2000, pemain kelahiran Shizuoka City, ini telah menjaringan 55 gol dalam 200 perlawanan antarabangsa.