Meskipun tidak berjaya merangkul emas pertama Olimpik buat Malaysia, pasangan beregu negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas bermaruah kepada beregu nombor empat dunia Fu Haifeng/Zhang Nan (CHI) dalam aksi tiga set dengan skor 21-15, 21-11, 23-21.

Meskipun pasangan negara ketinggalan 7-3 pada peringkat awal set pertama, mereka bangkit menyamakan kedudukan sebelum terus mendahului dan menang 21-15 dalam masa 20 minit.

Set kedua menyaksikan pasangan negara kehilangan rentak dan melakukan banyak kesilapan, memberikan kemenangan mudah kepada pasangan Fu Haifeng/Zhang Nan dengan 21-11.

Pada set ketiga, V Shem dn Wee Kiong sekali lagi membenarkan pasangan China mendahului 11-9 pada peringkat awal namun berjaya mengikat kedudukan pada mata 12. Sekali lagi terikat di mata 17-17, bayangan kilauan emas telah kelihatan selepas V Shem/Wee Kiong berjaya berada di kedudukan mata emas sebanyak dua kali pada kedudukan 20-19 dan 21-20. Namun, pasangan beregu negara terpaksa akur kepada beregu China yang beraksi tenang pada saat-saat tegang dan melenyapkan impian emas Malaysia dengan catatan 23-21.

Syabas team Maskulin ucapkan kepada Goh V shem dan Tan Wee Kiong untuk pingat perak Olimpik acara Badminton Beregu Lelaki. Kami tetap bangga! #MalaysiaBoleh