Seorang lelaki telah di tinggalkan oleh isterinya yang menyangka beliau tidak sayang terhadapnya lagi dan mengaku sudah tidur bersama abangnya (abang kepada suami). Isteri beliau sempat meninggalkan nota 'cerai' sebelum berpindah keluar bersama abang kepada lelaki tersebut.

 

Namun, apabila lelaki tersebut membaca nota isterinya, beliau langsung tidak marah atas perbuatan isterinya itu dan beliau turut membalas nota tersebut dan jawapannya amat memeranjatkan ramai pembaca. Ini nota mereka.

 

[Surat daripada isteri]

Kepada Suamiku,

 

Saya menulis surat ini untuk menyatakan bahawa pemergianku adalah satu kebaikan untukmu. Saya sudah menjadi isteri yang terbaik untuk kamu selama tujuh tahun dan saya tidak ada apa lagi hendak ditunjukkan lagi.

 

Dua minggu lepas merupakan seksaan seperti neraka. Bos awak telah telefon saya dan menyatakan bahawa awak sudah berhenti kerja hari ini dan ia merupakan pilihan terakhir.

 

Pada minggu lepas, awak pulang ke rumah dan tidak perasan bahawa saya sudah potong rambut dan menjalani rawatan kuku. Saya turut memasak makanan kegemaran awak dan memakai pakaian baru. Tetapi awak pulang ke rumah dan makan selama dua minit, dan terus tidur selepas menonton perlawanan.

 

Jangan beritahu saya bahawa awak masih sayangkan saya dan jangan sesekali sentuh saya atau lakukan apa sekali pun. Sama ada awak curang atau tidak sayang sama saya, apa sekali pun terjadi selepas ini, saya nak awak tahu bahawa saya sudah pergi dari hidup awak (hilang).

 

P/s: Jika awak cuba mencari saya, tolong jangan lakukan. Saya bersama abang awak akan berpindah jauh bersama-sama memulakan hidup baru di Barat Virginia.

 

Semoga mempunyai kehidupan yang hebat! > Bekas Isterimu.

 

 

[Surat jawapan daripada Suami]

Kepada bekas isteriku,

 

Tiada apa-apa yang boleh membuatkan hari saya lebih bermakna dari suratmu ini. Memang benar bahawa kita telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun, walaupun awak telah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan jauh untuk menangis pada ketika ini. Saya menonton perlawanan sukan dengan begitu kerap kerana untuk menenggelamkan desakan awak yang berterusan.

 

Tetapi ia tetap gagal juga akhirnya. Saya sedar dan perasan apabila awak memotong hampir kesemua rambut awak pada minggu lepas dan perkara pertama yang saya fikir ketika itu ialah, "Awak kelihatan seperti seorang lelaki! Ibu saya telah memesan kepada saya sebelum ini, jika tiada apa-apa yang nak dikatakan atau ingin mengatakan sesuatu yang buruk, lebih baik berdiam diri sahaja.

 

Apabila awak masak makanan kegemaran saya, awak telah mengelirukan saya dengan ABANG SAYA, kerana saya sudah berhenti makan daging babi pada tujuh tahun lalu.

 

Saya naik ke atas untuk tidur dan awak mengenakan pakaian baru pada ketika itu tetapi masih ada tanga harga di atasnya. Saya sangkakan ia hanya kebetulan kerana abang saya baru sahaja pinjam 50 dolar pada pagi tadi dan baju baru awak berharga 49.99 dolar.

 

Selepas dengan semua ini, saya masih suka dan merasakan bahawa kita boleh selesaikan semua ini. Oleh itu, apabila saya memenangi Lotto dengan hadiah lumayan sebanyak 10 juta dolar, saya berhenti kerja dan belikan dua tiket untuk kita ke Jamaica.

 

Tetapi apabila saya tiba di rumah, awak tiada. Semua berlaku pasti ada sebab disebaliknya. Saya harap awak dapat penuhkan hasrat awak itu dan mempunyai kehidupan yang seperti awak impikan. Peguam saya menjelaskan bahawa dengan surat awak tulis ini, awak tidak akan dapat apa-apa daripada saya. Jadi, sila berhati-hati.

 

P/s: Saya tak pasti bahawa saya sudah memberitahu awak tentang ini tetapi Carl, abang saya dilahirkan Carla. Saya harap itu tidak menjadi masalah untuk awak.

 

Yang Benar,

Bebas Dan Terlampau Kaya!

 

Sumber