Jika lihat pada wajah, mungkin anda akan sangkakan dia berbangsa Korea. Dengan memiliki wajah seakan rakyat di sana, namun beliau fasih berkomunikasi bahasa Korea Selatan.

 

Muhamad Khalid Ismail yang baru sahaja berusia 29 tahun telah mengharumkan negara selepas sebuah rakaman video beliau di dalam satu program televisyen menjadi viral di laman sosial Facebook.

 

Khalid atau nama panggilannya 'Karl Lead', sudah menetap di Korea Selatan selama 10 tahun dan tidak menyangka bahawa video tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh netizen.

 

"Rakan saya itu ada beritahu saya bahawa dia memuat naik video daripada sebuah laman web sebelum turut memaklumkan video berkenaan tular.

 

"Saya juga terkejut dan terkesima ketika diberitahu mengenai perkara itu. Ia kerana video itu sudah lama iaitu ketika saya dijemput ke program Abnormal Summit oleh sebuah stesen televisyen terkenal di Korea selatan," katanya.

 

Khalid yang merupakan anak kelahiran negeri Kelantan, menjelaskan bahawa Abnormal Summit merupakan rancangan yang membincangkan topik dan isu semasa serta mengetengahkan pelancong ke negaranya (Korea Selatan) tetapi ia harus menggunakan bahasa Korea itu sendiri.

Menurut Khalid, program tersebut mempunyai siri dan video yang sedang menjadi viral ketika ini merupakan siri pertama yang diadakan pada April 2016.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa mempelajari bahasa Korea di Pusat Bahasa Universiti Nasional Seoul selama hampir setahun. Dan kini beliau merupakan seorang Konsultan sambilan di sebuah Syarikat Telekomunikasi di Seoul.

 

Katanya, beliau dalam perancangan untuk menceburi bidang perniagaan yan membabitkan urusan dagangan antara Malaysia dan Korea Selatan.

 

Jom saksikan video beliau dalam rancangan tersebut.

 

Sumber: Muhamad Khalid Ismail, MetroTV