Apabila hati sudah jatuh cinta terhadap seseorang yang kita minat dan sayang, segala cabaran dan dugaan sanggup kita redah. Namun, perkara ini tidak mustahil dalam dunia percintaan.

 

Pelbagai cara anda boleh lakukan untuk memikat gadis agar ia tertarik terhadap anda.

 

Lee De Paauw merupakan seorang backpacker dari Queensland, Australia telah membuat satu keputasan berani dan pelik apabila beliau sanggup terjun ke dalam sungai yang dipenuhi buaya hanya untuk menarik perhatian gadis yang beliau sukai.

“Ketika itu (terjun) saya dapat rasa inilah penghujungnya, saya menumbuk buaya itu di muncungnya. Kali kedua saya menumbuk, kena tepat pada matanya  dan kemudian barulah reptilia itu melepaskan gigitan,” katanya kepada 9news Australia.

 

Manakala menurut wanita yang ingin dipikat, Sophie Patterson menjelaskan bahawa segala yang terjadi berlaku dengan amat pantas dan beliau amat cemas apabila melihat De Paauw terjun ke dalam sungai.

 

"Saat dia berjaya melawan buaya dan keluar dari situ, saya seolah-olah baru lepas menonton filem Jaws," katanya.

 

Sophie turut menjelaskan bahawa keadaan De Paauw agak kritikal apabila terdapat banyak darah serta tulang kelihatan.

Walau bagaimanapun, dengan terjunan tersebut De Paauw berjaya membuatkan Sophie jatuh hati terhadapnya dan kini mereka telah menjalinkan perhubungan bersama.

 

"Sebenarnya, saya tidak tahu pun ada buaya di dalam sungai itu, terjunan itu dibuat semata-mata demi dia,” katanya lagi.

Sumber: MyNewsHub