Kalau di China pasti ramai yang mengenalinya, seorang pelakon, perenang, peluncur dan 'kaki' gimnasium seperti orang lain yang inginkan kecergasan buat diri mereka.

 

Pelakon veteran China, Wang Deshun sudah lebih dari 10 filem dan drama televisyen, kebanyakkannya beliau memegang watak sebagai pelakon pembantu.  Walaupun sudah mencecah usia 80 tahun, Deshun tetap menersukan kerjaya dan minatnya selagi masih ada tawaran.

Pada tahun 2015, Deshun telah memasuki dunia peragaan apabila berjalan di atas pentas dengan gaya berjambang dan rambut beruban sambil menunjukkan badannya yang masih tegap.

 

Disebabkan video durasi 60 saat itu mencetuskan sensasi terhadap diri beliau sendiri sehingga digelarkan sebagai 'datuk terhangat di China'. Menurut Dushen, jadualnya padat bersama komitmen kerja dan tidak mempunyai perancangan untuk bersara walaupun sudah melangkaui usia persaraan.

Untuk pengetahuan kamu, di China, usia persaraan lelaki ialah pada umur 60 tahun manakala bagi wanita pula ialah 50 tahun. Walaupun tahun ini, kerajaan mahu menaikkan usia persaran buat pertama kalinya sejak 1950, di mana usia persaraan lelaki akan menjadi 65 tahun dan 55 tahun untuk wanita.

 

Ia akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Menurut Dushen, beliau tidak pernah terfikir untuk bersara dan jika perlu apabila tiada tawaran pekerjaan kepada beliau.

Wang Dushen dilahirkan di Shenyang pada tahun 1936 dan memulakan kerjayanya sebagai konduktor tren kemudian berkhidmat di kilang tentera sebelum menjadi pelakon pada tahun 1960, ketika itu usianya baru sahaja 24 tahun.

 

Beliau sedang menjalani kehidupan bersama isterinya, 74 tahun, dan dua orang anaknya, 48 tahun (perempuan) dan 42 tahun (lelaki).

Sumber: The Straits Times