Di Malaysia, kita memiliki masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Baru-baru ini, seorang aktivis bebas dan jurugambar telah mendapat perhatian netizen apabila memuat naik kenyataan mengenai isu perkauman di Malaysia.

 

Eddie Putera atau dikenali sebagai EP turut menyatakan hasrat untuk mengumpul wang dan 'beli mana-mana tempat dalam dunia' untuk membina kehidupan baru.

 

Jika dilihat secara kasar, pasti anda berasa beliau seorang yang kasar dan perkauman. Setelah membaca dan faham setiap ayat yang beliau jelaskan di dalam laman sosial Facebook-nya, ternyata setiap kenyataan yang beliau jelaskan membawa satu kesedaran yang besar serta impak kepada masyarakat sekeliling.

Jom kita baca apa yang Eddie ingin sampaikan.

 

BANGSA CINA sama INDIA DON’T deserve to live in MALAYSIA anymore. Baik pigi lain tempat duduk. Sini tak bagus.

Masa wa sekolah rendah, wa punya emak suruh wa kawan sama Cina. Sebab dia tau, budak cina rajin baca buku. Wa sekolah sana Batu Road School, dekat dengan Tiong Nam ( Kawasan Cina ), Sentul ( Kawasan India ) dan Kampung Bharu ( Kawasan Melayu ) . Ramai anak anak cina dalam wa punya kelas. Top 10 students selalu nya anak Cina. So wa punya emak sudah tahu. Kalau wa kawan sama Cina, wa tarak banyak main sangat dalam kelas.

Wa punya emak pun suruh kawan sama India. Sebab dia tahu, wa minat main bola. School team punya captain pun India. So dia tahu kalau wa kawan sama India, petang petang wa mesti tarak pigi pertama complex ( Baru buka masa wa darjah 2 ) lepak.

Wa punya scout leader berbangsa Sikh. Keshmahinder Singh. Kita selalu hari sabtu bikin aktiviti scout. Tarak pigi mana mana lepak curi rambutan ka apa ka.

Wa lepas university, wa kerja satu computer company. Wa jadi salesman. Wa punya apak manyak marah sebab wa tamau kerja jadi architect. Wa punya taukey sama sales manager Cina. Nama boss busat wa Lim Seng Kok. Wa punya manager nama Timothy Teoh. Wa tarak gaji, wa makan kamisen saja. Dia orang tarak tengok wa punya Melayu bangsa. Dia orang tengok wa macam satu budak kurus, mau belajar cari makan. Semua kasi ajar.

So, masa tu memang bagus semua bangsa duduk sini Negara. Majority orang Cina bikin wang, kasi ekonomi kita naik tinggi. orang Melayu duduk sana pentadbiran dan make sure Negara Malaysia is managed properly. Orang India pun meniaga, dan provide support to the human resource and also think tank negara.

Semua tarak ada masalah. But that was then.

Sekarang ni ar, manyak ada pening kepala. Budak2 melayu kawan sama sendiri. Budak2 Cina sama orang Cina. Budak budak India pun sama. Lu tak percaya, lu pigi sana shopping mall tengok. Sudah jarang tengok satu gang 3 bangsa jalan sama sama. And owh, to make it worst, sudah kasi picah itu tempat IT. Orang melayu ada IT mall sendiri. What the puiii™ is this ?

Ada pula Melayu punya gang, pakai baju Merah, pigi sana padang, kasi hantam orang Cina. Pigi kacau tempat Cina meniaga. Apa pasal mau jadi sampai macam ni ?

Melayu sekarang sudah takut tengok itu Church. Diu Nia Seng. Dulu ar, budak Melayu pigi sekolah rendah sudah nampak Salib. Tak percaya tanya budak budak St Johns Institution. Wa punya adik sana Convent Bukit Nanas sekolah. Dia punya headmistress is a Nun pakai jubah punya. Tapi all of us are still ardent Moslems.

Melayu sekarang tengok kedai jual babi macam tengok hantu. Itu babi jadi taboo, macam kalau lu kasi bau itu asap babi, lu boleh jadi mati itu macam. Tuhan cakap jangan makan babi, tapi Tuhan tarak cakap, kasi hina babi atau orang makan babi.

So, wa ingat ar, Cina sama India boleh kasi plan mau cari lain tempat duduk la. Semua orang Cina sama India derma sikit wang, beli mana mana tempat dalam dunia, kasi bina satu negara baru. Ini tempat sudah tarak syok la.

You guys don’t deserve to be treated this bad.

And kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah. Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow.

Dengan kenyataan itu, ramai netizen turut terkesan dan sedar apa yang Eddie ingin sampaikan. Ya, jika nak dibandingkan dahulu memang tidak sama dengan zaman sekarang.

 

Eddie turut memberikan beberapa contoh yang telah berlaku di negara kita mengenai isu perkauman. Antaranya kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat November lalu, apabila sekumpulan Melayu dan Cina bergaduh sesama sendiri.

 

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa orang Melayu pada masa kini makin sensitif dan takut terhadap gereja-gereja kristian dan restoran yang menjual Khinzir.

 

Jika dahulu, kita boleh lihat berbilang kaum duduk semeja dan menjadi kawan sejati. Tetapi kini, rata-rata bangsa hanya mementingkan bangsa sendiri tanpa menghiraukan bangsa lain serta tiada rasa hormat menghormati.

 

Jika sebelum ini anda merupakan seorang yang racist, fikirkan semula tindakan anda itu. Adakah anda ingin hidup di dalam suasana yang tidak tenteram dan sejahtera? Fikirkan.