Dengan kemunculan lagu terbaru 24K Magic dan That's What I Like pada tahun lepas membuatkan Bruno Mars berada di carta teratas setiap corong radio tempatan mahupun di luar negara.

Setiap selebriti  mahupun ahli politik dan individu pasti mempunyai sejarah silam yang hanya anda sahaja tahu detik itu sebelum anda berjaya pada saat ini.

Kadang-kadang perkara lama itu mengajar kita satu benda yang tidak boleh lupakan dan ia juga membentukkan diri kita sehingga kita berjaya pada ketika ini.

Namun, bagi Bruno Mars atau nama sebenarnya Peter Gene Hernandez merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, producer dan koreografer telah berkongsikan pengalaman beliau pada waktu kecil bersama ahli keluarganya sebelum digelar selebriti terkenal.

Di dalam video tersebut, anda boleh saksikan Bruno sedang menjelaskan bahawa dia menganggapkan bapanya sebagai ketua atau raja (King) di dalam keluarga. Segala keperluan dan kelengkapan diuruskan oleh bapanya.

Bruno turut menjelaskan pada ketika itu, bapanya bekerja di Paradise Park, iaitu sebuah Zoo Burung.

Ketika video ini dirakam, ia merupakan kali pertama beliau kembali semula di rumah itu. Walaupun ramai yang sudah bekerja bersama dengannya, tetapi ramai tidak tahu cerita disebalik bagaimana beliau mengharungi kehidupan sebelum bergelar selebriti. Saksikan video dibawah.

Sumber: Passion Cafe TV