Pengelap cermin bilah rata terkini daripada Bosch menawarkan prestasi mengelap luar biasa dalam apa jua kondisi cuaca untuk pemanduan lebih selamat

Pengelap Clear Advantage Bosch membuktikan komitmen Bosch dalam menawarkan mobiliti selamat sempena kempen keselamatan kenderaan Bosch: “Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya“

Pemasangan mudah dengan pemadan klip sesuai untuk 96 peratus kenderaan di  ASEAN

“Bosch Rover“ akan menjelajah ke 90 lokasi di Semenanjung Malaysia mulai  Oktober 2016 hingga Januari 2017

Bosch Automotive Aftermarket baru-baru ini mengumumkan pelancaran pengelap bilah rata terbaharunya - Bosch Clear Advantage yang menawarkan prestasi terbaik untuk kereta-kereta di Asia, dalam apa jua kondisi cuaca.



“Pengelap bilah rata Bosch pertama sekali dibangunkan pada tahun 1999 dan teknologi ini kekal relevan dalam industri automotif hingga ke hari ini. Pembaikan besar dalam prestasi mengelap mampu meyakinkan pemandu bahawa ia adalah penaiktarafan yang bermanfaat dari segi keselamatan berbanding bilah pengelap konvensional yang dipasang pada kenderaan.

“Kini, teknologi bilah rata menjadi pilihan pengeluar kenderaan dengan 90% kereta baharu di Eropah menggunakannya. Trend teknologi bilah rata telah bermula di Jepun dan kami menjangkakan Asia akan mengikuti trend yang sama dalam tempoh beberapa tahun lagi,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket, Malaysia, Pang Yoon Kong.