Berapa banyak wang yang diperlukan untuk menjadi gembira? Bagi Jack Ma, billionaire terkenal China dan pengasas Alibaba yang pernah hidup dengan gaji paling rendah dan paling tinggi, ia tidaklah sebanyak yang kita fikirkan.

Dalam satu perjumpaan dalaman, Jack Ma dilaporkan berkongsi pendapatnya terhadap kekayaan dan kegembiraan. Menurut bilionair tersebut, golongan paling gembira di China ialah mereka yang berpendapatan $3000-$4500 sebulan. Sebabnya, menurut Ma, dengan pendapatan tersebut mereka boleh memiliki "sebuah rumah kecil, sebuah kereta, dan sebuah keluarga."

"Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada itu, dan itulah kehidupan yang bahagia," ujarnya.

Ma turut memberitahu bahawa hidup dalam kemewahan tidaklah sperti yang digembar-gemburkan. Katanya, "apabila kamu sudah berjaya mendapat (wang) beberapa juta, masalah akan mula muncul."

Dalam satu rancangan televisyen, Ma juga pernah menyatakan bahawa hari-hari paling bahagia dalam hidupnya ialah semasa dia berkhidmat sebagai guru dengan gaji kurang $15 sebulan. "Lebih banyak wang yang kamu ada, lebih banyak perkara yang perlu kamu lakukan," katanya.

Bagi kami, ada sedikit kebenaran di sebalik kata-kata salah seorang individu berpengaruh dunia ini. Tapi meskipun wang tidak patut menjadi kayu ukur kebahagiaan dan kejayaan, kita harus sentiasa berusaha memperbaiki diri demi kelangsungan kehidupan kita dan generasi akan datang.

SUMBER