Siapa yang masih fikirkan tentang fesyen atau gaya pada usia tua terutama apabila sudah mencecah 50 tahun ke atas?

Philippe Dumas, berusia 60 tahun merupakan seorang model lelaki di Paris telah mendapat perhatian netizen di alam maya apabila menggayakan beberapa fesyen serta menunjukkan dirinya sebagai satu ikon fesyen.

"Style lebih penting dari kecantikan,' kata beliau kepada TODAY Style.

"Anda boleh menggayakan pelbagai fesyen tidak kira umur. Contoh terbaik ialah Iris Apfel dan Carmen Dell'Orefice. Bagi saya, mereka sudah sememangnya cantik. Jika anda mempunya style tersendiri, anda akan bawa ia dengan jangka masa yang lama.

 

 

Dengan mempunyai 37,000 pengikut di laman sosial Instagram, ia menunjukkan Dumas mempunyai aura tersendiri dan menjadi role model untuk pengikutnya.

Menurutnya, kariernya bermula apabila orang tidak dikenali memuji dan menegur cara beliau berfesyen. Disitulah beliau mula kariernya sebagai model walaupun sudah berusia 60 tahun.