Semalam kita telah digemparkan berita kehilangan seorang pemimpin iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

 

Beliau meninggal dunia pada 11 Januari 2017 akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan pada jam 1.30 tengah hari.

Jika kamu seorang anak jati Sarawak, sudah pastinya kamu mengenali beliau lebih daripada 'anak semenanjung'.

 

Tetapi, adakah kamu tahu siapakah beliau sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-5?

 

Beliau merupakan bapa kepada lima orang anak yang sentiasa cemerlang di dalam dunia politik apabila memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah beliau tandingi sejak tahun 1979.

 

Mesra dipanggil 'Tok Nan', pernah juga bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum memasuki pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang.

Sebelum memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, beliau juga pernah menjadi naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap ketua penerangan PBB.

 

Perlatikan beliau selaku Ketua Menteri merupakan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu pertama yang menerajui negeri itu.

 

Belum pernah lagi etnik Melayu yang berjaya menerajui negeri tersebut kerana dua ketua menteri sebelum ini merupakan dari etnik Iban iaitu Tan Sri Stephen Kaling Ningkan dan Datuk Tawi Sli, manakala etnik Melanau ialah Tun Abdul Rahman Yakub dan Tan Sri Abdul Taib.

 

Ucapan takziah dari seluruh warga Maskulin.

 

Biodata Adenan Satem

Nama: Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem.

Tarikh Lahir: 27 Januari 1944  (72 Tahun)

Jawatan: Ketua Menteri Sarawak ke-5 (28 Februari 2014 - 11 Januari 2017), Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Ahli Perhimpunan Sarawak (N3 Tanjung Datu).

Pasangan: Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu

Anak: 5 orang

Pendidikan: Universiti Adelaide

Agama: Islam