Pembedahan kosmetik sudah menjadi satu industri besar pada hari ini. Namun, ada segelintir golongan yang ingin mengubah penampilan tetapi tidak mampu untuk menampung kos yang sangat tinggi terpaksa menjalani prosedur di pusat-pusat kosmetik yang meragukan.

Ellowe Alviso, lelaki muda dari Filipina ini menjalani prosedur kosmetik pada bahagian hidung dan dagu. Beliau yang pada ketika itu baru berjinak-jinak dalam dunia peragaan membuat prosedur berkenaan supaya boleh mendapatkan lebih banyak tawaran. Pembedahan tersebut dilakukan oleh 'pakar' kecantikan bernama Euge Edward Undangan dengan kos yang tersangat murah iaitu P500 (RM44) sahaja.

Prosedur tersebut kelihatan berjaya pada awalnya dan Alviso menerima beberapa tawaran modeling. Namun dua tahun kemudian, hidungnya mula berubah bentuk. Doktor di hospital memaklumkan bahawa bahan yang disuntik kedalam hidung Alvino ialah campuran lilin, jeli petroleum dan bahan pengedap (sealant). 'Pakar' kecantikan yang melakukan prosedur tersebut enggan bertanggungjawab, malah mengugut Alviso apabila dia kembali untuk mendapatkan bantuan.

Kini lelaki malang ini bekerja sebagai penjual Balut (telur yang mengandungi embrio ayam) dan kadangkala menjadi maskot. Alviso turut memfailkan sama ke atas Euge Edward Undangan, dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya.

Maskulin: Bersyukur dengan anugerah Tuhan.