Buat julung-julung kalinya, World #QuranHour bakal berlangsung pada 9 Zulhijjah (11 September 2016) ini. Acara ini adalah kesinambungan usaha menggalakkan umat Islam untuk mendekatkam umat Islam dengan al- Quran sejak 2013 melalui #AktifkanRumahNgaji dan #MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadan.

#MalaysiaNgaji merupakan inisiatif tahunan bermula tahun lalu untuk meluangkan masa sejam bersama al-Quran bagi mengajak masyarakat berinteraksi dengan al-Quran serentak selama sejam di seluruh Malaysia termasuk rakyat Malaysia yang berada diluar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, tarikh tersebut dipilih bersempena dengan  perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah nanti. Tambah Marhaini, sebagai simbol komitmen dan sokongan dengan acara ini, semua media utama di Malaysia akan bergabung tenaga menjayakan World #QuranHour.

World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Untuk update terkini dan perkongsian pendapat, follow Facebook World #QuranHour