Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan berita kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un. Sebelum abangnya meninggal dunia, Kim Jong Nam sempat memberitahu pegawai perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) bahawa dia disembur dengan cecair beracun.

 

Walaupun ia bukan kes yang pertama terjadi menggunakan racun sebagai alat membunuh, namun pelbagai jenis racun dan bahan kimia pernah diguna sebelum ini dalam beberapa kes pembunuhan di seluruh dunia.

 

Antara racun yang pernah diguna dalam kes pembunuhan ialah Ricin yang boleh didapati secara semula jadi kerana ia merupakan benih tumbuhan minyak kastor dan talium (racun tikus). Tumbuhan ini amat terkenal bagi pembunuh sebagai salah satu senjata mereka untuk membunuh.

 

Manakala Arsenik pula boleh menyebabkan seseorang mati secara perlahan-lahan dan 'Strychnine' boleh menyebabkan kekejangan badan serta sistem penafahan gagal berfungsi.

 

Kenyataan ini turut disokong oleh Pakar Forensik dan Penasihat kepada Kementerian Kehakiman Thailand, Portnip Rojanasuna, apabila menjelaskan  'Cyanide' adalah pembunuh paling cepat dan mudah dikesan, iaitu patologinya mudah dilihat di seluruh badan mangsa.

 

Bagi bahan kimia yang lain seperti Kalium pula boleh menyebabkan mangsa mengalami serangan jantung. Kebanyakkan pembunuh jarang menggunakan bahan kimia sebagai alat untuk membunuh kerana ia sukar untuk disimpan dan dikendalikan kerana sisa kimia mudah dikesan, dihidu dan warna yang mudah dikesan.

 

Terdapat empat jenis racun yang telah dikenal pasti dalam kes pembunuhan yang membabitkan beberapa individu ternama. Antaranya:

Alexander Litvinenko

 

Beliau merupakan bekas perisik Russia pada tahun 2006 dan beliau telah dihidangkan teh yang mengandungi dos maut dpolonium-210 di hotel di London pada 1 Novemember 2006. Disebabkan terminum air teh tersebu, beliau meninggal dunia tiga minggu kemudian akibat sindrom radiasi akut.

 

Menurut hakim Britain pada ketika itu, beliau mendakwa bahawa kemungkinan besar Presiden Russia telah meluluskan pelan agensi keselamatan Russia, FSB untuk membunuh Litvinenko yang mengkritik Kremlin dari Britain.

 

Sebelum beliau meninggal dunia, Litvinenko turut mendakwa bahawa beliau diracun atas arahan Putin, namun tiada siapa yang tampil untuk menjadi saksi kes pembunuhan ini dan disebabkan kes ini hubungan Russia dan Britain tegang selama bertahun-tahun.

 

Victor Yushcenko

 

Beliau merupakan calon presiden Ukraine pada ketika itu dan Yushchenko telah jatuh sakit akibat keracunan dioksin yang teruk pada September 2004. Disebabkan racun tersebut, beliau tidak dapat meneruskan kempen selama beberapa minggu kerana mukanya berlekak-lekuk akibat kesan dari racun tersebut.

 

Walau bagaimanapun, Yushcenko tetap memenangi pilihan raya itu berdasarkan sokongan popular yang diwakili oelh Revolusi Orean.

 

Pada tahun 2005, Pendakwa Raya Ukraine, Svyatoslav Piskun telah mendakwa bahawa insiden yang melanda Yushcenko adalah 'cubaan membunuh'.

 

Georgi Markov

 

Pada September 1975, Markov sedang menunggu bas di Jambatan Waterloo di London dan beliau telah dicucuk di bahagian peha dengan menggunakan hujung payung yang beracun ketika Perang Dingin.

 

Markov yang merupakan seorang wartawan dan pengkritik rejim Komunis Bulgaria telah meninggal dunia empat hari selepas kejadian tersebut. Selepas kematian beliau, saintis kerajaan Britain mendapat tahu tentang payung yang digunakan untuk menyuntik gentelan ricin ke dalam kaki Markov.

 

Walaupun tiada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan ini, namun ramai yang mengesyaki penglibatan KGB dan polis rahsia Bulgaria.

 

Sumber: Metro Online