AirAsia telah melancarkan ‘kombo SANTAN’ terbaru, yang terdiri daripada pilihan makanan yang menyelerakan serta minuman percuma. Anda kini boleh membuat pra-tempahan kombo SANTAN ini dengan harga baru iaitu serendah RM10 untuk penerbangan AirAsia Berhad (AK), dan dari RM15 untuk penerbangan AirAsia X Berhad (D7). Lebih menarik, tempahan awal makanan kombo SANTAN akan menikmati nilai yang lebih hebat kerana anda boleh memilih pelbagai pilihan minuman seperti air berkarbonat, air mineral atau kopi*.

Menurut Ketua Komersil AirAsia Berhad, Spencer Lee, “Kami amat teruja memperkenalkan kombo SANTAN terbaru ini, dengan harga yang lebih rendah iaitu hanya RM10 sahaja. Pembaharuan ini akan memberi tetamu AirAsia nilai yang lebih hebat dikala kami terus menghidangkan makanan yang berkualiti tinggi, dan juga servis dalam penerbangan yang mesra. Para tetamu AirAsia juga akan lebih gembira untuk mengetahui bahawa harga baru ini menawarkan penjimatan sebanyak RM5. Bagi para tetamu yang membuat pra-tempah online, anda diberi pilihan dengan lebih 15 jenis makanan yang tersedia dan makanan mereka akan dihidangkan dahulu"

air asia

Antara pilihan makanan baru untuk Kombo SANTAN adalah hidangan makanan Ayam Berinti Southwest sempena perayaan Hari Natal. Hidangan enak ini dibuat dengan dada ayam panggang yang disumbat dengan lada benggala merah dan bawang berkaramel, dan dihidangkan dengan sos keju berkrim jalapeno bersama kentang panggang.

Bagi anda yang terbang dengan AirAsia X Berhad (D7) pula, anda boleh pra-tempah makanan ‘Grandma’s Chicken Pie’ yang juga sebahagian daripada hidangan baru ‘Makanan Kombo’. Dipadatkan dengan ayam cincang yang lazat, dilapisi dengan kentang putar berkrim dan dihidangi bersama brokoli dan lobak merah.

Kombo SANTAN ini mempunyai lebih 15 pilihan makanan pra-tempah dari pelbagai hidangan negara Asean mahupun masakan antarabangsa. Hidangan panas seperti Nasi Dagang dengan Kari Ayam, Nasi Lemak Pak Nasser, Biryani Ayam Masala Ashok dan banyak lagi tersedia untuk pra-tempah bagi kesemua penerbangan AirAsia Berhad. Manakala bagi AirAsia X Berhad, anda boleh menempah hidangan panas seperti Roti Paratha dengan Kari Ayam, Nasi Kerabu dan banyak lagi.

Anda boleh membuat pra-tempahan makanan sehingga 24 jam sebelum jadual waktu perlepasan mereka di airasia.com melalui tab ‘Urus Tempahan Saya’.

*kopi hanya tersedia untuk penerbangan melebihi 90 minit.