Asalnya dikenali sebagai Task Force X ketika diperkenalkan pada 1959, Suicide Squad menerima judul sendiri pada 1987 dan sejak itu telah menjadi salah satu bahagian penting komik DC. Skuad ini dianggotai oleh penjahat-penjahat pelik yang disatukan oleh Amanda Waller untuk menjayakan operasi-operasi sulit yang tiada harapan untuk selamat. Jom berkenalan sikit dengan geng gila ini:





AMANDA WALLER
Watak 'kelabu'; boleh menjadi sekutu atau penjahat bergantung kepada kepentingan kerajaan dalam sesuatu situasi. Meskipun tiada kuasa adiwira, wanita ni mempunyai kebolehan memanipulasi yang menggerunkan bukan sahaja golongan penjahat malah para adiwira.

Nama gelaran: The Wall, Dr. Waller, Mama Waller, Mockingbird, White Queen
Kuasa adiwira: Tiada
Kekuatan: Pakar strategi taktikal, perisik terlatih, ketua berkebolehan
Sekutu: Project Cadmus, Suicide Squad, A.R.G.U.S, Kerajaan Amerika Syarikat
Dilakonkan oleh: Viola Davis





DEADSHOT
Dianggap pembunuh upahan terhebat; semasa kecil Floyd Lawton secara tidak sengaja menyebabkan kematian adiknya ketika mahu menembak bapanya yang kejam. Disebabkan itu, dia berazam menjadi penembak tepat terhebat melalui latihan tentera dan League of Assassins. Deadshot menjadi vigilante ketika ketiadaan Batman di Gotham City, namun dipenjarakan oleh adiwira itu selepas satu misi pembunuhan yang gagal.

Nama gelaran: Floyd Lawton, The World's Finest Assassin, The Man Who Never Missed
Kuasa adiwira: Dilengkapi mata sibernetik untuk lebih ketepatan sasaran
Kekuatan: Kemahiran menembak, pakar senjata, tempur tanpa senjata, senyap, tangkas
Sekutu: Secret Six, Suicide Squad, Killer Elite, Underground Society
Dilakonkan oleh: Will Smith





HARLEY QUINN
Satu-satunya karakter yang tidak lahir melalui semesta komik. Quinn merupakan seorang pakar psikiatri yang 'merawat' The Joker di Arkham Asylum dan akhirnya jatuh cinta kepada penjahat tersebut. Selama bertahun-tahun watak ini menjadi kekasih setia The Joker, meskipun beberapa kali cuba dibunuh oleh kekasihnya itu.

Nama gelaran: Harleen Frances Quinzel, Dr Holly Chance, Dr. Jessica Seaborn
Kuasa adiwira: Imuniti kepada racun dan toksin, kekuatan luar biasa
Kekuatan: Pakar psikiatri terlatih, gymnas an akrobat berbakat
Sekutu: Gotham City Sirens, Secret Six, Suicide Squad
Dilakonkan oleh: Margot Robbie





SLIPKNOT
Christopher Weiss, seorang ahli kimia yang mencipta sejenis formula yang menjadikan sesuatu bahan anti-musnah. Slipknot menggunakan talinya yang kebal, di samping kebolehannya dalam seni mempertahankan diri untuk melakukan kejahatan. Mempunyai satu tangan bionik menggantikan tangannya yang meletup.

Nama gelaran: Christopher Weiss
Kuasa adiwira: Tiada
Kekuatan: Ahli kimia terkenal, pembunuh upahan terlatih, pakar senjata
Sekutu: Suicide Squad, Kobra, 2000 Committee
Dilakonkan oleh: Adam Beach





KATANA
Dibesarkan dalam keluarga samurai, Katana terlibat dalam cinta tiga segi dengan adik-beradik kumpulan Yakuza. Dia mengahwini salah seorang daripada mereka, namun tragedi menyusul; kedua-dua lelaki yang mencintainya itu bertarung sampai mati dan menyebabkan kematian anak kembarnya. Tanpa orang yang dikasihi, dia berlatih lebih serius dalam seni samurai dan mengumpul senjata eksotik.

Nama gelaran: Tatsu Yamashiro, Bladerunner, The Queen of Blades
Kuasa adiwira: Memegang pedang Soultaker yang membolehkannya berkomunikasi dengan setiap orang yang telah dibunuh
Kekuatan: Pahlawan samurai dan seni mempertahankan diri
Sekutu: Suicide Squad, Justice League, Birds of Prey, Outsiders
Dilakonkan oleh: Karen Fukuhara





KILLER CROC
Watak ini mewarisi ciri-ciri reptilia daripada spesis manusia zaman dahulu kala; kulit bersisik, gigi tajam, serta kekuatan dan ketahanan luar biasa. Disebabkan sering dibuli ketika kecil, dia 'meletus' pada usia 18 tahun dan dipenjarakan kerana membunuh. Setelah dibebaskan, dia menyertai sarkas sebagai Killer Croc si peninju aligator. Juga merupakan salah satu musuh terhebst Batman dan telah membunuh ramai orang.

Nama gelaran: Waylon Jones, Croc, Crockers, King Croc
Kuasa adiwira: Kekuatan dan ketahanan adiwira, deria hebat, gigi dan cakar reptilia, kuasa penyembuhan diri
Kekuatan: Peninju berpengalaman
Sekutu: Suicide Squad, Secret Society of Super Villains
Dilakonkan oleh: Adewale Akinnuoye-Agbaje



CAPTAIN BOOMERANG
Berasal dari Australia dengan nama George "Digger" Harkness dan mempunyai kebolehan luar biasa menggunakan boomerang. Ditangkap kerana merompak bank dan dihantar untuk tinggal bersama bapanya di Central City, kemudian hanyut dalam dunia jenayah. Merupakan musuh ketat Flash.

Nama gelaran: George Harkness, Digger Harkness
Kuasa adiwira: Tiada
Kekuatan: Mencipta gajet dan menggunakan boomerang
Sekutu: Suicide Squad, Rogues, Injustice Gang, Secret Society of Super Villains
Dilakonkan oleh: Jai Courtney





EL DIABLO
Chato Santana, ketua geng jalanan Mexico yang kejam dikhianati oleh orang kanannya dan terlantar lumpuh di hospital. Dia berkongsi bilik dengan Lazarus Lane (El Diablo asal) yang sedang koma. Dalam percubaan ahli geng untuk membunuhnya di hospital, Santana telah pergi ke dunia roh di mana Lane memberikannya sumpahan El Diablo. Roh dendam dan penghukum ini memulihkan semua kecederaan Santana dan menjadikannya kebal serta hidup abadi.

Nama gelaran: Chato Santana
Kuasa adiwira: Boleh menghasilkan, mengawal dan menyerap api
Kekuatan: Ketua geng
Sekutu: Suicide Squad
Dilakonkan oleh: Jay Hernandez





ENCHANTRESS
Ketika remaja, June Moon telah menghadiri parti kostum di sebuah istana dan bertemu dengan syaitan bernama Dzamor. Moon diberikan kuasa mistik yang akan mengubahnya sebagai  Sebagai Enchantress, dia mempunyai kuasa untuk menyembuhkan, teleport, dan menembusi objek padu.

Nama gelaran: June Moon, Soulsinger, Succubus
Kuasa adiwira: Pelbagai magis, teleportasi, menyembuhkan, shape-shifting, manipulasi tenaga
Kekuatan: Kepimpinan
Sekutu: Suicide Squad, Shadowpact, Sentinels of Magic, Justice League Dark
Dilakonkan oleh: Cara Delevingne

HYPEBEAST