The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson merupakan seorang pelakon antarabangsa yang amat popular pada ketika ini. Selain daripada berlakon, beliau juga merupakan produser, penyanyi dan juga ahli gusti professional.

Sebelum beliau mula mengorak langkah dalam dunia selebriti, beliau tidak mempunyai badan yang sasa seperti anda lihat ketika ini.

Dengan kemunculan terbaru beliau dalam filem Fast & Furious 8, telah menunjukkan satu babak di mana The Rock telah dimasukkan ke dalam penjara.

 

Pada saat itu, beliau telah menunjukkan sedikit rutin sebelum mulakan operasi.

Untuk pengetahuan anda setiap filem yang dilakonkan oleh The Rock mempunyai rutin yang berlainan, supaya Dwayne dapat menjiwai watak yang dibawa.

Jadi apakah rahsia atau rutin yang dilakukan oleh The Rock untuk mendapatkan badan yang sasa dan ideal? Saksikan video ini.