Masalah Lelaki

 

Doktor, saya mengalami masalah berat badan dan cepat berpenuh. Masalah yang saya hadapi setiap kali berpeluh, bahagian celah kelangkang saya akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Kadang-kala memualkan. Ini menyebabkan saya berasa sangat malu untuk menghampiri kawan-kawan. Boleh doktor beritahu apakah cara atau rawatan yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini. – Pemuda resah, Sungai Besar, Selangor.

 

Bau badan berlaku disebabkan tindak balas bakteria dan peluh . Tindak balas ini menyebabkan penghasilan gas Amonia dan menghasilkan bau yang kurang enak.  Selalunya bau badan terjadi di bahagian ketiak, kelangkang dan kaki.  Individu yang selalu mempunyai masalah ini adalah individu yang kuat berpeluh , obese , diabetik dan suka memakan makanan pedas.

 

Langkah langkah pencegahan yang boleh anda lakukan;

 

1-Menjaga kebersihan kawasan yang terlibat sangat penting.

2-Membuang bulu dan menghalang bulu dari tumbuh di kawasan terlibat. Ia dapat membantu mengurangkan bau dengan berkesan.

3-Memakai pakaian berfabrik kapas, bulu datau sutera.

4-Elak makan makanan berempah atau pedas.

5-Untuk tapak kaki dan ketiak , rawatan dengan Botulinum Toxin A juga boleh mengurangkan peluh .

6-Kurangkan berat badan.