Penemuan penyelidikan terbaru melaporkan bahawa mengambil atau makan sebiji telur setiap hari mampu membantu anda menurunkan dan mengatasi masalah berat badan.

Penyelidikan yang dicatatkan di dalam jurnal Nutrition and Food Science, menganalisis 71 laporan penyelidikan dan dokumen berkait dengan ujian pengambilan telur dan manfaatnya untuk diet.

Laporan yang dibuat oleh Dr. carrie Ruxton itu menyimpulkan bahawa telur disebut sebagai makanan serba boleh terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang dan juga mengatasi masalah obesiti.

Kandungan antioksidan yang tinggi, rendah kalori, dan kaya vitamin D adalah kelebihan yang ada di dalam sebiji telur.

Antioksidan mampu mengurangkan penuaan, kalori yang rendah dapat menjaga berat badan atau menurunkannya, dan Vitamin D dipercayai baik untuk menguatkan tulang, mencegah kanser, masalah jantung dan gangguan sistem imum.