Kata orang, biasanya kita akan mendapat pasangan yang mempunyai perangai bertentangan. Akan tetapi masih ada beberapa persamaan yang membolehkan anda berdua hidup secara berpasangan. Andai kata anda seorang yang penyabar manakala pasangan pula agak degil untuk menerima pendapat, apa yang perlu dilakukan?

 

Bagaimana cara terbaik untuk menghadapinya? Nah, praktikkan beberapa trik yang disarankan ini.

 

1. Anda untuknya

Terima hakikat ini. Dalam kehidupan berumah tangga, anda dihadirkan dalam hidupnya untuk mewujudkan keseimbangan. Anda dengan sikap penyabar manakala pasangan dengan sikap degilnya.

 

Apabila bertemu, bukankah ia akan menjadikan kamu berdua pasangan yang seimbang? Fikirkan.

 

2. Guna kebolehan

Semakin lama anda hidup dengan pasangan, semakin peka anda dengan sikap dan personalitinya. Teknik memujuk, berterus terang dan menyelami pendapat pasangan mungkin akan membuahkan hasil yang positif.

 

3. Terima juga pendapatnya

Biasanya pasangan yang degil mempunyai pendapat sendiri di atas topik yang dibincangkan. Si dia akan memberontak jika pendapatnya tidak didengari apatah lagi diperkecilkan.

 

Dalam situasi ini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi pasangan. Sabar sewaktu berbincang dan tunjukkan bahawa anda tertarik dengan pendapatnya walaupun pendapat itu tidaklah seberapa kesannya.

 

4. Jangan buntu

Anda sebagai suami dan ketua keluarga harus peka dengan perkembangan rumah tangga. Selidik mengapa, apa dan kenapa isteri tidak mahu mendengar kata anda.

 

Mungkin keputusan anda ambil kelihatan berat sebelah ataupun menyusahkannya. Ayuh, kaji segera!

 

5. Pujuk pasangan

Jika anda dan pasangan tidak bersefahaman, jangan ditambah dengan ego degil anda pula. Akibatnya, keadaan tersebut menjadi semakin tegang dan terdapat kes di mana pasangan tidak bertegur sapa sehingga tiga bulan lamanya!

 

Kaedah memujuk sering diguna pakai oleh hampir kesemua pasangan. Ini adalah senjata untuk meruntuhkan ego pasangan degil. Harus ingat bahawa teknik memujuk ini bukanlah hanya sekali tetapi berkali-kali sehingga egonya kendur. Maka, anda harus bersabar dengan kaedah ini.

 

6. Cara komunikasi

Menurut seorang pembaca Maskulin, suami isteri wajib belajar cara komunikasi yang betul, strategik dan bersifat diplomasi juga intonasi dengan nada cool dan tidak kasar. Ia satu pendapat yang bagus. Thumbs up!

 

7. Mengalahlah...

Jika sayang, tinggal-tinggalkan. Biarkan pasangan dengan pendapatnya dahulu. Lazimnya, untuk mendapatkan keputusan dalam sesuatu perkara ia mengambil masa. Biarkan pasangan dan berikan ruang untuknya berfikir mengenai pendapatnya.

 

Keesokkan hari tanya pendapatnya semula. Jika dia masih tekad dengan pendapat sendiri, maka tidak salah sekali sekala anda menuruti permintaannya. Dalam kehidupan berpasangan, anda perlu bijak bertolak ansur. Ada masanya anda betul dan ada masanya anda salah. Fikir-fikirkanlah.