Dalam komunikasi lisan, lelaki lebih banyak menggunakan otak kiri; wanita pula menggunakan otak kanan dan kiri. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita mempunyai lebih kapasiti dan kompleksiti dalam penggunaan bahasa.

 

Selain itu, cara berkomunikasi lelaki dan wanita juga berbeza dalam perkara-perkara berikut:

 

1. Sekumpulan wanita boleh bercakap pada masa yang sama kerana wanita bercakap dan mendengar lebih pantas berbanding lelaki.

 

2. Wanita bercakap dalam nada yang lebih perlahan serta menggunakan pitch dan lenggok untuk menekankan sesuatu. Nada percakapan lelaki lebih kuat dan menggunakan kelantangan untuk memberi penekanan.

 

3. Lelaki lebih cenderung membuat keputusan sendiri berbanding wanita yang memilih kata sepakat.

 

4. Bercerita tentang perasaan, kehidupan peribadi dan perhubungan adalah sukar bagi lelaki berbanding wanita kerana ia menggambarkan kelemahan dan merendahkan status mereka sebagai jantina yang dominan.

 

5. Dalam perbualan, wanita suka membuat perkaitan; lelaki pula suka berdebat.

 

6. Wanita menunjukkan keprihatinan dan cuba mewujudkan empati dan sokongan kepada orang lain, manakala lelaki cuba untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat.

 

7. Wanita lebih gemar mengambil masa untuk berbincang dan meneroka semua aspek akan sesuatu topik. Lelaki pula mahu menyelesaikan masalah dengan cepat dan selalunya tidak mengkaji situasi sepenuhnya.

 

8. Salah satu cara wanita mengukuhkan perhubungan ialah dengan membincangkan masalah dan meminta pandangan orang lain.

 

SUMBER