Menjaga keutuhan rumah tangga tidak semudah yang difikirkan, banyak yang dilalui dalam kehidupan ini. Pengetahuan bagaimana menjaga hubungan suami isteri agar tetap harmoni sangat penting. Ada yang mengeluh dengan perhubungan yang dilalui mulai rasa hambar. Apa yang perlu anda lakukan?

1. Saling menghormati

Menghormati suami atau isteri yang mendampingi kita akan membuat pasangan kita merasa dihargai. Tidak peduli apakah anda lebih tua atau lebih muda dibandingkan pasangan anda, yang terpenting perilaku saling menghormati antara anda dan pasangan harus tercipta dan terjaga.

2. Komunikasi

Sering berkomunikasi dengan pasangan anda agar tidak timbul perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Jika bersikap diam diri dan mengharapkan pasangan memahami anda maka kekeliruan akan timbul. Menghabiskan banyak masa untuk membincangkan hal rumah tangga ialah jalan terbaik.

3. Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama

Bagi memupuk kasih sayang, suami memerlukan cinta isteri dan isteri juga memerlukan cinta suami. Suami dan isteri harus berkongsi suka-duka,  kesedihan dan kegembiraan bersama.

4. Temukan hal-hal baru daripada pasangan

Temukan hal-hal baru daripada pasangan setiap hari. Nampak biasa, namun akan memberikan ruang satu sama lain untuk menyesuaikan diri. Kedua-dua pasangan sebaiknya sama-sama melakukannya dengan tujuan untuk membahagiakan pasangan. Tipnya, jangan merasa seperti mengetahui “SEMUA” hal tentang pasangan. Ingat bahawa anda dan pasangan ialah dua peribadi yang berbeza.

5. Ciptakan suasana romantis

Suasana romantis akan tercipta bila anda memiliki sikap yang romantis kepada pasangan anda. Siapa yang tidak seronok bila pasangannya kreatif menciptakan suasana romantis berdua? Memang tidak semua orang berbakat menciptakan suasana-suasana yang romantis untuk pasangannya, bahkan beberapa pasangan gagal menciptakan romantisnya. Namun yakinlah, semua orang punya sisi-sisi romantis tersendiri.

6. Saling memahami

Suami atau isteri akan merasa sulit menerima kekurangan dan kelebihan pasangan apabila rasa saling memahami tidak timbul di hati. Bila rasa saling memahami tidak ada di hati suami atau isteri, maka pertengkaran akan sering terjadi dan rumah tangga menjadi jauh daripada suasana harmoni. Sebaiknya, mulailah menerima pasangan anda dalam segala keadaan terburuk sekalipun. Bila ada kekurangan pada diri pasangan anda, maka tutuplah kekurangan tersebut dengan kelebihan yang anda miliki.

7. Berusaha menyenangkan pasangan

Dalam kehidupan keluarga, bahkan dalam kehidupan sosial secara amnya, jika seseorang berusaha mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri, bererti dia telah menanam benih-benih cinta kepada semua orang di sekelilingnya.

8. Berterus-terang

Sikap terus-terang, kejujuran dan keberanian ialah kunci kebahagiaan kehidupan rumah tangga. Jika anda melakukan kesalahan, maka yang harus anda lakukan ialah segera meminta maaf, berani mengakuinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di kemudian hari. Hal itu mendorong pihak lain untuk menghormati, mempercayai dan memaafkan anda.

9. Saling memberi pujian

Memberi pujian kepada pasangan anda membantu terciptanya hubungan yang harmoni dalam ikatan suami isteri. Memuji akan membuat perasaan pasangan anda berbunga-bunga. Memuji juga akan membuat pasangan anda merasa dihargai oleh pasangannya.

10. Saling mendoakan

Saling mendoakan akan membuat masing-masing merasa sangat penting di mata pasangannya. Menyelitkan doa-doa untuk pasangan anda juga akan membuat pasangan anda menyedari bahawa pasangan anda benar-benar mencintai anda.