Buntu dengan perlakuan sebenar wanita? Adakah anda tahu bahawa wanita mempunyai seribu perbuatan yang tersirat dari mata lelaki? Jika dia berkata 'ok' maka jawapan sebenar adalah 'saya tidak ok'.

Mungkin perlakuan tersirat di bawah ini mampu mengajar mengenali lebih mendalam perlakuan sebenar wanita yang ada dalam hidup anda.

 

Apabila berjauhan

Ego bagaimana pun wanita, jika terlalu lama berjauhan suatu hari dia akan mencari dan memeluk pakaian atau apa sahaja barangan yang mengingatkan dia kepada anda. Hanya ini sahaja yang dapat merungkaikan rindunya terhadap anda.

 

Buat perbandingan

Jangan memarahi wanita. Walaupun anda kumbang dihatinya, tetapi seorang wanita tetap akan membandingkan anda dengan lelaki lain terutamanya dengan bekas kekasihnya. Kadang kala anda menang, kadang kala ada banyak juga kekurangan anda di matanya. Try your best!

 

Fantasi

Dalam seminggu, banyaka kali juga wanita gemar berfantasi bersama pasangannya walaupun belum berkahwin. Akui mereka, bukan secara fantasi seksual tetapi cukuplah sekadar berangan dipeluk oleh pasangannya.

 

Kewangan

Kadang kala di dalam dunia serba kesempitan ini, mereka terpaksa mencongak kewangan pasangan. Bukan untuk mengikis duit, tetapi mereka bersiap sedia membuat perancangan bagi mengukuhkan kewangan apabila hidup berdua nanti.

 

Tubuh badan terjaga

Kebiasaannya apabila bercinta atau disayangi, wnita mengambil lebih perhatian terhadap tubuh badannya. Sentiasa berdandan, bercukur, menyapukan losen ke badan dan pelbagai lagi kaedah agar si dia kelihatan cantik di mata anda.

Cubalah anda cari pasal dengan kaum ini, anda akan lihat mereka dengan penampilan sebaliknya.

 

Lebih banyak menangis

Adakah anda pernah lihat pasangan menangis apabila terlibat dengan pertengkaran? Jika ya, sedarlah bahawa wanita bukan menangis pada waktu itu sahaja tetapi mereka lebih kerap menangis tanpa anda sedari. Hanya tangisan yang mampu melegakan hatinya.

 

Mahu anda kerap telefon

Wanita mana yang tidak gembira sekiranya yang tersayang menghubunginya. Layangkan sahaja kata-kata ringkas agar dia tahu bahawa anda sentiasa bersamanya walaupun berjauhan.

Bagi wanita, mendengar suara anda sudah memadai untuk melepaskan kerinduan.