Curious sama ada anda dianggap menarik oleh golongan wanita? Jika anda punya rupa paras kacak atau kedudukan sosial yang bagus, beruntunglah. Tetapi, banyak lagi faktor yang boleh menambah attractiveness factor anda di mata perempuan. Jom tengok jika anda ada X factors tersebut:

1. Pencinta Haiwan
Memelihara haiwan peliharaan memerlukan banyak komitmen dan kesabaran. Jadi tak hairanlah jika kaum wanita gemar associate lelaki pencinta haiwan dengan sifat sensitif, penyayang memahami dan boleh dipercayai.

2. Pemuzik
Nak kelihatan cool & fun? Bawa gitar. Dalam jurnal Psychology of Music, satu kajian mendapati bahawa wanita tiga kali lebih cenderung untuk memberikan nombor telefon mereka kepada lelaki yang membawa bekas gitar berbanding yang menjinjit beg sukan. Semuanya berbalik kepada persepsi; kebolehan bermain muzik dikaitkan dengan kecerdasan lebih tinggi dan genetik yang lebih baik.

3. Suka Bayi dan Kanak-Kanak
Wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki yang pandai melayan anak kecil, kerana ia memberi gambaran bahawa lelaki itu boleh menjadi ayah yang baik. Bonus tambahan jika kanak-kanak memang sukakan anda secara semulajadi.

4. Kelakar
Lelaki dengan sense of humour yang baik lebih mudah menarik perhatian gadis kerana mereka boleh mengahadapi situasi sosial dengan baik, bersikap prihatin, yakin, dan tidak membosankan.

5. Bertubuh Tegap
Tegap tak bermaksud berotot kekar dan berbadan sasa. Kebnyakan wanita memang gemarkan jejaka yang tampak kuat, tetapi bukan yang mempunyai susuk tubuh seperti ahli bina badan. Wanita menyukai sifat dominan dan maskulin pada lelaki, namun bukannya pada tahap ekstrem.