Sedang anda nyaman dalam lena, tidak semena-mena mimpi datang menjengah, namun ia berunsurkan seksual.

Sampai sudah anda tidur dengan senyuman. Wah, mimpi seks atau 'basah' ternyata menawarkan imaginasi yang hangat.

Tetapi, setiap mimpi dikatakan membawa maksud yang tersirat. Benarkah?

 

Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang.

Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku 'A Short Guide to a Happy Marriage' Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini.

 "Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan diperbaiki," kata Sharon dalam bukunya.

Jom kita amati 7 mimpi seks dan rahsianya.

 

1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU

Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda.  Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan 'tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks'.

    Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk 'Cracking Dream Code'.

 

2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN

Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa 'anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual.

    Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.

 

3-MIMPI DENGAN SELEBERITI

Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan.

    Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda

 

 

4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI

Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda.

    Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.

 

5-MIMPI DENGAN ORANG TIDAK DIKENALI

Adakah anda alami mimpi seksual dengan orang yang tidak pernah anda kenali sebelum ini? Dia hadir melayani sisi romantis anda, namun wajahnya tidak pula kelihatan mahupun samar-samar. Ataupun si dia bertopeng dan enggan dedahkan wajah mereka.

    Jika pernah, maka ada maksud yang tersirat. Berdasarkan ahli psikologi terkenal Dr. Gillian Holloway, 'penceroboh misteri' ini sebenarnya hadir mendedahkan bakat terpendam yang tersembunyi di sebalik peribadi anda.

Dalam soal seks pula, ini bahaya!. Ini menandakan anda ketagihan sesuatu yang tidak boleh untuk anda dapat pada hubungan yang terjalin sekarang. So, get ready to ask more!.

 

6-MIMPI DENGAN BUAH HATI

Bagi yang masih belum berumah tangga, mimpi berasmara dengan buah hati ada kalanya menawarkan ilusi sensual yang berbeza. Ada yang mengidamkannya, bahkan ada juga yang gerun.

    Namun pendapat daripada Sharon ada menyatakan bahawa, 'jika mimpi ini terjadi, ia berkemungkinan menandakan si dia sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam hidup iaitu ke alam perkahwinan.

 

7-MIMPIKAN PASANGAN BERASMARA DENGAN ORANG LAIN

Ini perkhabaran kurang baik bagi mereka yang termimpikan igauan ini. Bermimpikan pasangan kini melakukan hubungan seks dengan orang lain ternyata memberikan 'amaran' tertentu tentang perhubungan anda berdua.

    Diyakini oleh Sharon, "Apabila anda mimpikan pasangan anda mempunyai hubungan sulit, ia mungkin bermakna bahawa anda sudah kehilangan kepercayaan dalam kebolehan serta diri sendiri mahupun daya tarikan anda dalam mengawal hubungan seks anda berdua". Maka, anda sendiri harus bertindak segera.

 

# Tafsiran mimpi yang dinyatakan di atas hanyalah sekadar rujukan yang pernah dilakukan oleh penulis buku mahupun pakar psikologi yang terbabit. Anda berhak untuk baca, namun terpulang sekiranya untuk anda percaya ataupun tidak.