Philips Lighting Malaysia telah bekerjasama dengan the Malaysia International Commission on Illumination (MyCIE) dalam program kitar semula Save the Earth baru-baru ini. Kempen tersebut bertujuan untuk memastikan produk lampu pendafluor dilupuskan secara wajar apabila pengguna menggantikan lampu mereka kepada lampu LED, supaya sisa buangan berbahaya tidak mencemarkan alam sekitar.

Seiring program Save the Earth itu, Philips Lighting turut melancarkan rangkaian terbaru lampu LED mampu milik yang merangkumi Philips Ecofit LED Tubes, Philips Ultra-slim LED Downlights dan Philips LED Bulbs.

Lampu kalimantang Ecofit LED Tube dikatakan mampu memberi penjimatan tenaga sehingga 55% dan bertahan selama 15 ribu jam. Ultra-slim LED Downlights pula hadir bersama pemacu terbina yang memudahkan proses pemasangan pada siling kapur, di samping mempunyai rekaan yang nipis namum mampu memberikan pencahayaan lebih meluas dan dilengkapi low glare diffuser.

Generasi baru mentol LED Philips pula menawarkan penjimatan tenaga sehingga 85%. Mentol yang menggunakan teknologi semikonduktor ini bersifat cekap tenaga dan boleh bertahan sehingga 15 tahun.

Untuk menggalakkan orang awam supaya melupuskan produk pencahayaan mereka secara bertanggungjawab, Philips Lighting menawarkan rebat ke atas pembelian rangkaian lampu LED mereka sehingga 31 Disember 2015.Maklumat lanjut, layari www.lighting.philips.com.my.