Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama. Di samping itu, ia turut memuatkan bonus trak iaitu Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum. Faizal menyifatkan album anatomi mengalami rencah kehidupan dan perhubungan. Antaranya mengenai hubungan manusia dengan Tuhan, isteri, anak dan kekasih. Anda boleh mendapatkan album ini di semua platform seperti di Spotify, Apple Music, Yonder, Joox dan juga KKBox.  

 

Bruno Mars lancar album terbaru, 24k Magic

Setelah melancarkan single terbarunya, 24k Magic,  akhirnya Bruno Mars melahirkan album ke-3, 24k Magic! Berisi sembilan lagu, album milik penyanyi bernama asli Peter Gene Hernandez ini merupakan album terbaru setelah terakhir kali dia melancarkan album Unorthodox Jukebox di tahun 2012 lalu. Bruno Mars membayar rasa rindu para penggemarnya dengan melancarkan album 24k Magic. Dalam album ini, Bruno mengatakan bahawa kecintaannya dengan lagu-lagu R&B milik New Edition, Boyz II Men dan Jodeci menjadi inspirasi dalam pembuatannya. Bruno Mars juga bercadang menjalankan ‘world tour ‘ untuk album 24K Magic.

 

 

 

 

Fergie kembali dengan “Life Goes On”

Setelah sukses dengan single pertamanya “M.I.L.F. $”, Fergie kembali mengeluarkan single keduanya tahun ini. Berbeza dengan lagu sebelumnya, single yang berjudul “Life Goes On” ini lebih menunjukkan sisi sensitif dari penyanyi  Stacy Ann Ferguson ini. Walaupun sudah melancarkan dua single, penyanyi ini belum membicarakan apa pun tentang albumnya. Mengubati rasa rindu, Fergie memberikan teaser untuk video klipnya ini melalui Instagram peribadinya. Tidak hanya satu video teaser, Fergie juga memberikan beberapa foto dan video lainnya. Lagu ini dijangkakan menarik dan melekat di minda anda.