Ketahui Personaliti Lelaki Melalui Tabiat Mandi Dirinya.

Lelaki yang mandi seminit dua sebenarnya praktikal dan boleh diharap kerana mereka menganggap sesi ini sebagai keperluan asas yang perlu diselesaikan terus bila bangun pagi. Lelaki sebegini sangat bertanggungjawab, jenis yang sentiasa berada di sisimu, malah bila kamu perlukan urutan kaki selepas hari yang memenatkan. Tapi ada satu perkara kamu kamu kena tahu: Dia tak pandai buat rancangan. Ideanya untuk janji temu yang hebat adalah sekadar makan malam dan menonton wayang. Jadi, jika kamu teringinkan adventure dalam perhubungan, kamulah yang kena mainkan peranan lebih.

 

Hanya Mandi Beberapa Kali Seminggu

 

Jejaka begini jenis yang masih menganggap sendawa sesuatu yang melucukan. Dalam erti kata lain, tak berapa matang. Dia suka ikut kepala sendiri dan selalunya akan buat apa dia suka dan pada waktu yang dia nak. Jika kamu bercinta dengan jejaka yang lebih suka habiskan masa untuk melepak daripada mandi, kamu mungkin perlu selalu ingatkannya mengenai kehendak dan keinginanmu. Tapi bukanlah semuanya berita buruk ya. Perangainya yang agak santai ini bermakna jika kamu beritahunya sesuatu yang penting, si dia akan ikut cakap kamu.

 

Memang Suka Mandi

 

Ada kala, lelaki akan ambil masa yang lama dalam bilik air untuk tenangkan fikiran jika dia rasa tertekan. Tapi jika dia selalu habiskan masa berjam-jam di situ, mungkin dia sorokkan a dirty little secret: Gemar memuja diri sendiri. Penting bagi dirinya untuk tampil hebat, dan dia mungkin teruja dengan dirinya sendiri. Bila keluar date, sebolehnya dia mahu kamu puji penampilannya dan dia perlukan sedikit belaian ego di ranjang. Untuk memaksimumkan mojonya, pujilah tekniknya di kamar. Tanpa kata-kata positif, dia mungkin akan rasa kurang keyakinan dan sukar nak memuaskan keinginan kamu.

 

Mandi Dua ke Tiga Kali Sehari

Lelaki yang membersihkan diri lebih dua kali (atau masuk tiga kali jika ke gim) dalam masa 24 jam bukan saja clean-cut, tetapi sedikit neurotik. Biasanya dia selalu nampak kemas dan perlukan hidup yang teratur. Jejaka yang ada regim tersendiri sebegini juga tak gemarkan aktiviti spontan, jadi elak anjurkan surpriseparty untuknya atau merancang percutian pada saat akhir. Yang bagusnya, pemikirannya agak perfectionist, memberikan kamu keseronokan di ranjang. Dia sangat pentingkan butiran kecil dan akan lakukan apa saja untuk pastikan kamu sangat berpuas hata!