Dari dahulu sehingga sekarang, lelaki yang mempunyai perwatakan ceria dan lucu mudah mendapat perhatian kaum wanita. Kenapa? Ikuti penerangan tentang lelaki berperwatakan lucu oleh pakar motivasi, Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad di bawah.

Soalan yang cukup bagus diutarakan mengenai rahsia lelaki buat bacaan wanita di luar sana. Cuma jangan keliru dengan perbezaan ‘lelaki kelakar’ dan lelaki yang memiliki sense of humour di dalam diri mereka. Kedua-duanya berbeza.

Lelaki kelakar – Lelaki yang sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak/ kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya.

Lelaki dengan sense of humour – Tidak sering berlawak tetapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.

Jadi mana satu pilihan anda? Senang cerita beginilah, kaum wanita gemar mengejar lelaki yang mempunyai sense of humour berbanding lelaki kelakar. Ini kerana, kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka. Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah dan anda asyik berlawak tidak kira masa dan tempat, pasangan akan menganggap anda tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa sahaja situasi.

Berbanding lelaki yang mempunyai sense of humour, mereka lebih relax apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini merupakan satu kebaikan kepada hidup anda. Mereka mudah membahagiakan pasangannya.  Jika berselisihan faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu sahaja.

Ciri-ciri lelaki dengan good sense of humour

1.      Gentleman – mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara yang sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya. Mendengar dan bertindak dengan sewajarnya.

2.      Cepat tenang – tidak stres dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima positif dan negatif dengan terbuka.

3.      Positif – bukan hanya berlawak kosong tetapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.

@maskulinmag: Jika pasangan anda kelakar, bersyukurlah juga kerana hidup anda dilimpahi dengan keriangan.