Sejak dunia internet bertambah pesat, ramai usahawan berebut nak berniaga online. Memanglah inspired bila terbaca success stories usahawan yang berjaya bergelar jutawan, tapi ada juga cerita usahawan yang rugi teruk selepas melabur sangat banyak untuk pemasaran online.

Jadi kami tanyakan kepada Sifu Jamal atau lebih terkenal dengan julukan Sifufbads, mentor #1 dalam pemasaran Facebook di Malaysia; kenapa sesetengah usahawan susah sangat nak berjaya?

Ini jawapan Sifu:

1. Tunggu kejayaan datang bergolek

"Orang yang gagal itu adalah kerana seluruh hidupnya sentiasa menunggu. Buatlah tindakan! Usah berharap untuk jadi jutawan Facebook, jika mahu bermimpi pun tidak berani.Untuk berjaya dalam dunia bisnes internet anda perlu berani bermimpi, berfikiran besar dan mahu berjaya lebih dari orang lain. Bekerjalah sehingga idola anda sendiri menjadi rival anda. Buktikan anda juga boleh pergi jauh dan letakkan cita-cita besar anda sekarang, jangan tunggu hari esok dan buang istilah putus asa dalam kamus hidup."

2. Takut menjadi luar biasa

"Takut untuk menjadi luar biasa, itulah penyakit orang kita. Terlalu selesa dengan apa yang dimiliki membuatkan masih ramai di antara kita kian lena diulit mimpi dan terus berserah menunggu takdir. Cabaran ekonomi hari ini bukanlah saat untuk kita membutakan mata dan hati, cipta kesedaran dan percayalah hanya dengan berniaga anda bisa mengubah segalanya."

3. Ragu-ragu nak berniaga online

"Memberikan keyakinan buat mereka yang masih ragu-ragu untuk berjinak-jinak terhadap perniagaan secara online mahupun offline bukanlah mudah, di Fbads kami sentiasa berusaha membangkit motivasi buat semua peserta.

Pertama, lihat mereka yang telah berjaya dalam bisnes selepas menggunakan pemasaran Sifufbads. Sehingga kini, kami telah melahirkan ramai alumni-alumni Sifufbads yang berjaya dalam pelbagai perniagaan dan jenama di pasaran tempatan. Antara jenama-jenama itu adalah Marshmallowscarf, Wasima Wafa (gel Amani), Mamadil, dan De’Xandra. Manakala, ikon yang turut menyertai seminar, antaranya adalah Fizo Omar, Neelofa dan Dato’ Sri Vida.

Kedua banyakkan bacaan dengan membaca bahan berkaitan pemasaran Facebook dan ketiga cuba jadi pelanggan di Facebook. Cara ini akan membuatkan anda sendiri merasai pengalaman bagaimana menjadi pelanggan."

4. Tak fokus dan asyik nak tiru orang lain

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.

Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan pulangan yang besar sekali gus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit."

 

Team Sifufbads

Team Sifufbads

5. Terjangkit virus putus asa

"Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan.

Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di Sifufbads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka. Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar."

6. Letak sasaran yang tak realistik

"Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda. Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resipi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.

Ingatlah, orang yang gagal adalah orang yang tiada perancangan dalam hidupnya. Mereka tergapai-gapai mencari hala tuju yang dia sendiri tidak pasti. Rancanglah perjalanan hidup anda, ketahui ke mana anda 10 tahun akan datang. Jangan persiakan waktu muda dengan perkara sia-sia, luangkan seketika untuk berfikir perkara yang bakal lalui satu ketika nanti."

7. Tidak mendalami ilmu marketing

"Biar modal anda setinggi Gunung Fuji, tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan mengalami kerugian. Dalam pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Pastikan setiap pengiklanan yang anda lakukan tidak sia-sia dan meninggalkan kesan kepada pembeli. Oleh itu anda juga harus mengetahui apakah formula penting dalam menjalani kempen pemasaran berkesan.

Untuk melakukan satu kempen yang berkesan anda harus detil dalam melakukan formula M.A.P iaitu formula mengenai Market, Audience dan Product. Anda juga harus membuat analisis SWOT iaitu analisis bagi mengetahui prestasi pesaing juga ancaman dalam perniagaan, ini penting bagi membantu anda mengetahui kemampuan produk juga pasaran semasa perniagaan anda. Fahami kekuatan, kelemahan juga peluang yang ada dan jangan gentar pada risiko persaingan. Ingat, ini baru sedikit perkongsian yang boleh saya rungkaikan."

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.622607.1486119258!/image/image.jpg

 

Itulah nasihat Sifu Jamal berdasarkan pengalaman beliau selama 8 tahun dalam arena internet marketing. Beliau juga merupakan pengarah dan juga pengasas syarikat Sifufbads Sdn Bhd. Syarikat ini dibina khas bagi menyediakan program-program latihan seperti seminar, kelas, konsultansi dalam bidang pemasaran internet. Lebih banyak perkongsian dan tips daripada Sifu Jamal dalam MASKULIN edisi Februari, boleh dapatkan di SINI

Kalau nak jumpa Sifu Jamal dan team Sifufbads secara face-to-face pula, bolehlah join kami di Karnival Karangkraf pada 3-5 Mac nanti.