Sejak dunia fesyen mewarnai kehidupan setiap manusia, pelbagai rekaan fesyen telah dicipta dan ia masih berkembang sehingga kini.

Kini tiba untuk menyaksikan rekaan fesyen yang boleh membuatkan anda berasa seram sejuk malah takut untuk memakainya.

Pereka fesyen di Etsy.com telah memperkenalkan barisan pakaian yang diberi tajuk 'Pembunuh upahan' (Serial killer) dan ia kelihatan agak menyeramkan dan mahal.

 

 

Modern day fashionistas dan stylist, Kayla Arena dan Toby Barron merupakan pereka jaket kulit ini. Mereka telah mereka jaket kulit ini berbanding dengan jaket lain apabila mereka menggunakan bahan daging manusia sebagai bahan utama untuk menghasilkan jaket itu.

Jaket tersebut dijual dengan harga $1,200 dolar (RM5320.87) dan ia sememangnya akan membuat si pembeli berasa pelik dan seram apabila jaket tersebut tiba di depan rumahnya.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini terdapat manusia seperti ini iaitu Ed Gein. Beliau sememangnya terkenal dengan menggunakan daging dan tulang-tulang mangsa pembunuhan untuk dibuat menjadi perabot perhiasan di rumah dan tidak mustahil mengapa nama jaket tersebut dipilih.

 

 

Secara kasarnya, kami berharap tiada siapa yang sanggup membeli jaket tersebut dan setakat ini tiada sebarang laporan polis di buat mengenainya.

Anda sanggup membeli atau memakainya?

Sumber: organicandhealthy