Pelakon superstar antarabangsa yang boleh memegang hampir kesemua watak aksi, Donnie Yen atau lebih dikenali 'Ip Man' selepas berjaya membawa watak tersebut sehingga mempengaruhi masyarakat seluruh dunia.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita mengenai seorang penumpang kapal terbang telah diheret dan di halau keluar dari penerbangan United Airlines.

Kemelut United Airlines yang melibatkan Vietnam-Amerika Dr. David Dao, telah melabel tindakan terhadapnya itu sebagai 'tidak bertamadun' dan 'kezaliman'.

Disebabkan video tersebut telah menjadi tular di seluruh dunia, hari ini Donnie Yen telah menyatakan bahawa untuk tidak menaiki pesawat tersebut dan agensi berkenaan telah disenarai hitam dari pilihannya.

 

Donnie Yen telah memuat naik perbualan beliau bersama anak lelakinya yang baru sahaja berusia 9 tahun. Ketika itu, Donnie Yen menjelaskan bahawa mereka sedang menonton berita David Dao yang telah diheret keluar dari United Airlines kerana membuat lebihan tempahan.

"Saya bersama anak lelaki saya yang berusia 9 tahun telah terkejut melihat berita ini dan anak saya bertanyakan kepada saya apa yang sedang berlaku?" jelas Yen.

Beliau kemudian cuba untuk mencari jawapan yang betul kepada soalan anaknya itu dan apabila difikirkan secara teliti  tentang bagaimana seorang lelaki tua ini akhirnya beliau telah dirawat 'seperti sampah'.

"Bagaimana anda nak mengajar anak-anak anda seperti tidak bertamadun, ketidak adilan, diskriminasi, secara terbuka dan dengan bangganya menyerang seorang lelaki yang berusia 69 tahun, merawat dia seperti sampah.

"Tiada siapa yang ingin dirawat seperti ini. Ini tidak boleh diterima dan perlu dicegah. United Airlines tidak pernah menjadi pilihan saya dan kini syarikat mereka telah disenarai hitamkan," Yen menulis penjelasannya di laman sosial Facebook-nya.

Kenyataan beliau tersebut telah mendapat reaksi sebanyak 23,000 di Facebook sejak ia mula dimuat naik pada hari Selasa lalu.

Yen turut sertai barisan selebriti China yang mengkritik cara rawatan telah diberikan kepada Dao.

Insiden United Airlines yang melibatkan Dao telah menjadi isu dan topik di Weibo pada Selasa lalu dan hampir 500 juta orang memberi pandangan mereka terhadap insiden itu.

Sumber: Nextshark.com