Masthead
Mobile  | 
“INGIN MEMBERIKAN IDEA ATAU KOMEN? KONGSIKAN BERSAMA KAMI”

KK <jarak> MAS <jarak> A <pendapat, nama penuh anda & asal> dan hantar ke 33333
  • Kehangatan musim panas bukan lagi penghalang untuk tampak lebih bergaya dan selesa menjelang Ramadhan ini dengan jeans canggih PERFORMANCE COOL Levi’s®! Koleksi baru yang memastikan anda sentiasa kering dan nyaman ini akan merubah tanggapan anda bahawa bahan denim terlalu sarat dan panas untuk dipakai dalam bahang cuaca tropika.
  • Jam merupakan satu alat yang membantu kita untuk tahu tentang waktu terutama waktu solat dan temu janji. Selain itu, jam juga merupakan aksesori bagi lelaki sebagai satu fesyen yang lengkap.
  • Tiada jalan pintas untuk buat diri anda menjadi lebih cergas. Langkah yang terbaik adalah dengan mendisiplinkan diri untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Ini adalah beberapa langkah untuk meningkatkan kadar stamina dalam tubuh untuk sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari.
  • Apabila orang yang pernah mendapatkan tempat di dalam hati anda, memang sukar untuk melupakan kerana terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama. Takdir jua memisahkan anda berdua. Meninggalkan semua harapan dan impian yang dulu pernah dirancang. Ia amat menyakitkan dan seharusnya anda perlu berperang dengan hati untuk melupakannya.
  • Sehebat mana pun kepakaran anda dalam memainkan peranan dalam memuaskan kehendak nafsu pasangan, pastinya ada detik mampu menguji keupayaan anda. Seks mungkin menyeronokkan buat anda, tetapi jangan biarkan hal tidak diingini menggugat prestasi.
  • Menjaga keutuhan rumah tangga tidak semudah yang difikirkan, banyak yang dilalui dalam kehidupan ini. Pengetahuan bagaimana menjaga hubungan suami isteri agar tetap harmoni sangat penting. Ada yang mengeluh dengan perhubungan yang dilalui mulai rasa hambar. Apa yang perlu anda lakukan?
  • Terlalu ramai pilihan yang harus di ambil untuk menjadikan sebagai panduan dari segi fesyen dan penjagaan kesihatan badan. Untuk tahun baru ini, pihak warga kerja Maskulin telah memilih 10 lelaki paling bergaya (secara rawak) di laman sosial Instagram.
  • Kawasaki sudah lama mempercayai model supernaked perlu memiliki aura lebih daripada mesin supersport. Kehadiran model Z900 pada EICMA 2016 sekitar November lalu menarik perhatian peminat dua roda.
  • T-shirt grafik adalah 'uniform' harian anda? Mari ubah sedikit cara penggayaan anda kepada lebih moden dan cool.
  • Anda ada reputasi di pejabat? Adakah ia berkaitan dengan posisi meja kerja anda? Mari lihat empat posisi meja kerja yang common ini.
  • Jaket biker tidak pernah ketinggalan dalam trend fesyen. Setiap musim muncul dengan inovasi yang mampu memberi statement baru gaya jejaka.
  • Setiap kali tubuh badan jatuh sakit, ubat dan rehat sering menjadi pilihan untuk pulih. Sedangkan, berjumpa dengan doktor adalah lebih penting kerana lapan rasa sakit di bawah mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang teruk.
  • Sesetengah lelaki takut untuk menggayakan fesyen ala nerd kerana tidak mahu dicop 'budak skema' dan tidak matang berfesyen. Namun, suntikan moden kepada gaya ini mampu menjadikan pemakainya kelihatan chic yang tidak over the top. Sekali-sekala, cubalah tampilkan personaliti berbeza dengan gaya nerd moden ini.
  • Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan. Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diutamakan.
  • Walaupun ia hanya sebuah topi, tetapi ia mampu mengubah seluruh penampilan anda. MASKULIN tampil dengan jenis dan cara penggayaan topi yang betul bagi anda yang menjadikan topi sebagai must-have aksesori untuk gaya anda.
  • Apa yang tidak sempurna dengan warna versatail ini.
  • Kasut lifting pilihan Maskulin.
  • Guys, pastikan anda mempunyai stok baking soda di rumah. Tidak, bukan untuk baking tetapi untuk kebersihan dan penampilan diri.
  • Pemilihan pakaian sering dikaitkan dengan personaliti tertentu. Bagaimana pula dengan pemilihan seluar dalam lelaki?
  • Langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Kenal pasti bentuk tubuh anda berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bakal mengakhiri tahun 2014, entri ini memberi idea panduan untuk meningkatkan imej dengan lebih bergaya pada masa hadapan. Jika dulu anda tidak pandai bergaya, tip ringkas ini untuk anda supaya anda juga tidak ketinggalan dari segi fesyen.
  • Jika anda tergolong lelaki berketinggian di bawah 5'8" yang sukar mencari fesyen sesuai, entri ini untuk anda. Sedikit sebanyak ia membantu anda berfesyen tanpa menjadi bahan ketawa orang sekeliling.
  • Jangan lupa malam ini bersiaran Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, acara yang pasti ditunggu-tunggu oleh ramai peminat bola sepak. Menjadi penonton bola sepak di stadium pasti akan lebih seronok jika anda tahu beberapa perkara. Entri ini untuk anda!
  • Mitos berkaitan kesihatan, kadang-kadang ramai menganggap ia boleh dipercayai dan juga sebaliknya. Berikut adalah beberapa mitos yang menjadi tanda tanya tetapi telah menjadi kepercayaan sesetengah golongan lelaki.
  • Ketahuilah ada beberapa penyakit yang lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita. Ubahlah ‘nasib’ anda sebelum terlambat. Jika tidak, anda berkemungkinan menjadi penghuni setia hospital!
  • Segelintir lelaki rendah merasa malu apabila berdepan dengan wanita tinggi. Malah, ada beranggapan tidak berpeluang untuk mempunyai pasangan. Tapi tahukah anda bahawa lelaki berbadan rendah mempunyai kelebihan tanpa disedari? Entri ini membuktikan lelaki rendah juga popular di kalangan wanita tinggi!
  • Individu yang beridentiti aliran rock, skinhead atau punk dianggap sinonim dengan but lebih-lebih lagi jenama yang tengah IN di pasaran seperti Dr. Martens dan Timberland. Hari ini, sama ada anda berjiwa keras atau tidak, pemilihan but kini menjadi trend dan jenis kasut mesti ada dalam simpanan.
  • Lelaki biasa dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Namun begitu, tidak bermakna golongan lelaki jahat. Itu adalah satu sikap natural seorang lelaki. Untuk menjadi ‘bad boy’ berjaya tidaklah susah, tetapi tidak juga senang. Entri kali ini mendedahkan ciri-ciri lelaki nakal, yang disenangi wanita.
  • Jangan abaikan aset berhargamu itu! Selalunya lelaki memikirkan saiz dan bentuk zakar, tetapi selalu terlepas pandang tentang ‘telurnya’. Sedangkan bahagian itulah yang perlu dijaga sebaiknya. Seks berkualiti bukan sekadar kerana zakar, tetapi apa yang mampu dihasilkan oleh ‘telur’ anda. Entri kali ini berkongsi info tentang testis kesayangan anda itu.
  • Tahukah anda , ada tanda-tanda fizikal yang boleh memberitahu sekiranya anda ada masalah kesihatan? Oleh itu, rajin-rajinlah membelek tubuh anda untuk melihat jika ada yang tidak kena. Simptom-simptom ini tidak besar, tetapi harus diberi perhatian. Entri kali ini mendedahkan lima perkara pada tubuh yang harus anda perhatikan.
  • Kebanyakan wanita lebih positif dan kekal sihat berbanding lelaki kerana faktor remeh tahu? Anda mungkin menganggap benda itu ‘simple’, tetapi sebenarnya ia membantu sentiasa sihat dan bertenaga. Entri kali ini berkongsi empat panduan kekal sihat mengikut stail wanita. Selamat mencuba!
  • Berilah rehat kepada kaki anda. Kaki terdiri daripada 56 tulang. Lelaki gemar membiarkan kaki yang tercedera menjadi lebih teruk kerana tidak mahu merawatnya. Entri kali ini bercerita tentang faktor-faktor kecederaan kaki yang perlu anda ketahui.
  • Jika anda tergolong di dalam saiz berbadan besar, anda mungkin berdepan masalah kurang yakin dan tidak mampu untuk bergaya dengan ‘skinny jeans’ anda. Ramai melihat anda sebagai lelaki gemuk dan bertambah pendek jika memakai seluar 'skinny' ini. Entri ini mungkin boleh membantu anda merealisasikan impian memakai seluar 80an ini.
  • Biarpun bulan Ramadan ini merupakan masa yang sesuai untuk melatih diri untuk berhenti merokok, tetapi ada juga perokok tegar lebih memilih asap rokok sebagai 'menu' berbuka. Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kerana ia boleh meragut nyawa anda!
  • Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam dan wajib untuk semua umat Islam. Jika kaum wanita mempunyai alasan munasabah untuk tidak dibenarkan berpuasa, lelaki juga boleh dikecuali. Tapi, baca entri ini terlebih dahulu supaya anda tidak mengambil kesempatan ponteng puasa!
  • Kadang-kadang anda sendiri tidak biasa dengan dunia lelaki yang harus kerap kelihatan mementingkan penampilan, pakaian berjenama, perlu banyak wang dan perlu tampil metroseksual sepanjang masa. Oh, tidak semestinya kerana perkara di bawah sudah cukup membuktikan anda lelaki sempurna!
  • Demam Piala Dunia yang menyerang seluruh dunia ketika ini dikatakan menjadi punca ramai prestasi pekerja menurun ekoran tidak mendapat kualiti tidur yang mencukupi supaya tidak terlepas menonton perlawanan dari pasukan kegemaran.
  • Lebih ramai yang menganggap minuman berkafein lebih memberi manfaat terutama dari segi tenaga. Setiap kali mengantuk atau badan lesu, kopi mahupun teh adalah pilihan pertama kononnya boleh mengembalikan tenaga tanpa mengetahui bahaya kafein jika diambil keterlaluan.
  • Jika anda tercari-cari jubah moden sempena Ramadan dan Syawal mendatang, Butik Uthobe yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam menawarkan baucar 10% diskaun untuk pembaca majalah Maskulin.
  • Berdasarkan respon yang diterima dari kaum lelaki secara rawak, kebanyakan lelaki kurang menggemari warna merah jambu bukan kerana ia warna lembut tetapi ia dikatakan warna yang hanya sesuai untuk kaum perempuan. Jika ada lelaki yang berminat dengan warna comel ini, pastinya 'status' mereka akan dipertikai.
  • "Momma's Boy" bukanlah gelaran yang menarik untuk didengar buat lelaki dewasa kerana kebanyakan gelaran ini merujuk kepada anak lelaki yang tidak pandai berdikari, mengada-ngada, terlebih manja dan ada juga yang mengatakan gelaran ini sesuai kepada anak lelaki yang kurang jantan. Betul ke?
  • Gaya rambut klasik seperti rambut Wak Doyok mahupun Cary Grant, bukan lagi fesyen luar biasa sebaliknya ramai lelaki hari ini lebih selesa dan yakin dengan potongan rambut nipis yang dikatakan tampak lebih dewasa dan profesional.
  • Sepanjang anda bergelar suami, tipu jika anda tidak pernah berbohong hatta bohong 'sunat' sekalipun terhadap isteri. Apakah pengorbanan terbesar anda dalam memelihara institusi rumah tangga dan bilakah kali terakhir anda menghargai isteri anda? Ayuh jadi suami paling hebat dan setia di mata isteri!
  • Jumlah masyarakat menggunakan rawatan botox mula meningkat semenjak ia mula digunakan dan diluluskan untuk kosmetik pada tahun 2002. Meskipun wanita amat sinonim dengan kecantikan, tetapi penggunaan botox dan pembedahan plastik di kalangan lelaki juga apa kurangnya.
  • Jika anda berdepan dengan indeks jisim badan atau BMI kurang daripada 18.5, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu kerana kurus tahap melampau boleh mengundang pelbagai penyakit. Berat tubuh badan yang ideal perlulah memiliki BMI di antara 20 hingga 25.
  • Golongan muda khususnya kaum lelaki yang menghidap diabetes terus membimbangkan malah Malaysia kini berada di tangga ke-10 rakyatnya menghidap diabetes. Hendak buat macam mana apabila menu sepanjang hari mesti diselitkan gula? Namun, kami boleh bantu anda melawan rasa manis ini.
  • Lelaki yang memiliki rambut panjang bukan lagi fesyen luar biasa. Malah, lelaki yang memiliki rambut panjang dikatakan mampu menarik perhatian wanita yang gemarkan lelaki berjiwa rock. Berikut tip penjagaan rambut panjang supaya setiap kali ditiup angin, tidak ada bau yang menjadi punca wanita jauh dari anda!
  • Hanya perokok tegar saja yang berdepan masalah untuk berhenti walaupun sedar terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti. Untuk topik kali ini, kami merasakan tip berhenti merokok sudah diketahui ramai sebaliknya kami mahu memberitahu apa yang akan berlaku sekiranya anda mula berhenti merokok sekarang!
  • Jangan risau jika anda mula mendapati rambut anda semakin nipis. Membotakkan kepala adalah helah terbaik daripada terus munculnya 'pulau' di tengah kepala. Siapa kata jejaka berkepala botak itu hodoh dan tidak boleh bergaya?
  • Merancang untuk berhenti kerja boleh mendatangkan tekanan buat anda. Ada sesetengah orang meninggalkan kerjaya secara tiba-tiba dan ada sesetengah lagi mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan persediaan. Namun, jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, kami fikir anda perlukan 'nafas' baru!
  • Ramai lelaki menganggap 'sneaker' adalah satu-satunya jenis kasut kasual yang mudah dan sesuai untuk semua kegiatan. Rekaannya yang elegan, moden dan selesa menjadikan 'sneaker' sesuai ketika sukan 'outdoor' atau keluar berjalan-jalan bersama teman.
  • Bagi anda yang berusia 30 tahun ke atas, anda mungkin akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada masa depan dan apa pencapaian yang telah anda lakukan. Untuk menjadi lelaki matang dan sempurna, kami senaraikan lima perkara yang anda perlu tinggalkan sebaik saja menginjak 3-0!
  • Berbanding wanita, lelaki dikatakan golongan yang kurang berminat pergi ke klinik untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan. Jangan cemburu apabila ada statistik menunjukkan wanita sepuluh tahun hidup lebih lama kerana peka dengan tahap kesihatan. Jika anda baru saja terfikir untuk memelihara kesihatan, lima senarai ujian kesihatan ini mungkin boleh membantu.
  • Lihat saja bintang "Suit and Tie" ini menggayakan rambut asalnya kerinting menjadi gaya vintaj kegilaan ramai. Inilah peluang anda yang berambut kerinting bergaya dengan potongan rambut vintaj sempena menyambut tahun baru. Dari dulu sehingga sekarang, gaya rambut ini sentiasa 'IN'!
  • Mengaku saja jika anda pernah 'selfie' sepanjang tahun ini. 'Selfie' merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Tahukah anda bahawa 'selfie' bermula dengan potret raja dan permaisuri terutama di Eropah?
  • Kematian seorang penulis iklan muda Indonesia, Mita Diran semalam akibat bekerja selama 30 jam tanpa henti kini menjadi bualan hangat di media-media sosial baik Indonesia mahupun Malaysia. Biar betul kerja tanpa henti boleh mengakibatkan kematian?
  • Dalam hubungan percintaan pasti ada pasang surutnya baik sudah berumah tangga atau sebaliknya. Sebelum anda terus menjadi mangsa penipuan, hati-hati dengan setiap gerak geri pasangan supaya anda tidak merasa patah hati di kemudian hari.
  • Berita kematian bintang The Fast and the Furious ini telah mengejutkan dunia sementelah ramai peminat akan terkilan kerana tidak lagi dapat menatap aksi lakonannya di kaca tv mahupun di layar perak.
  • Menghasilkan hidangan seimbang tidaklah sukar lebih-lebih lagi buat lelaki bujang. Hidangan seimbang tidak semestinya anda perlu penuhkan meja anda dengan lauk-pauk yang banyak, makanan mahal atau menahan lapar. Hidangan yang seimbang membantu anda memiliki berat badan yang ideal.
  • Walaupun anda seorang yang berkaca mata akibat masalah penglihatan tetapi jangan biarkan 'kuasa' rabun terus meningkat dan mengganggu kebebasan anda. Tip kali ini serba sedikit boleh membantu anda lari dari terus memakai kaca mata yang tebal lagi hodoh!
  • Kaum lelaki hari ini sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin dikhalayak ramai. Ia juga rahsia bagaimana kebanyakan personaliti kelihatan lebih yakin di depan khalayak dengan wajah yang sekata!
  • Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.
  • Kami tidak mahu melabelkan setiap lelaki yang sudah berkahwin pasti berperut boroi walaupun hampir 92% golongan ini akan boroi selepas dua tahun ke atas sepanjang tempoh perkahwinan. Mari fikir positif akan suami berperut boroi ini.
  • Berita baik buat penggemar minuman teh kerana teh bukan sekadar penghilang dahaga tetapi mendatangkan banyak manfaat. Di sebalik teh yang biasa anda minum, jom ketahui jenis-jenis teh lain yang jarang diminum tetapi turut mempunyai kebaikan luar biasa. Mungkin lepas ini, anda boleh selang-seli minum teh mengikut jenis kegemaran.
  • Jangan ambil ringan apabila statistik lelaki-lelaki di Malaysia yang menghidap kanser terutama prostat tidak seramai Amerika Syarikat. Hakikatnya, lelaki-lelaki Asia masih merasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka. Sama ada anda tergolong kelompok yang malu ini, mari lihat jalan mudah yang boleh membantu mencegah kanser.
  • Siapa kata lelaki tidak sanggup berdiet Atkins? Diet ini cukup dikenali di kalangan lelaki yang mahukan turun berat badan secara cepat dan berkesan. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa diet ini mendatangkan pro dan kontra tanpa disedari.
  • Walaupun topik kali ini agak klise namun sukan-sukan yang dikatakan tidak masuk akal ini sebenarnya boleh menguji stamina dan keberanian dalam diri peserta. Meskipun tidak berlaku di negara kita tapi percayalah, sukan ini memang penuh pengalaman!
  • Penampilan kasual bersama denim yang penuh santai dengan memilih fesyen tie dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup kini sudah lama ditonjolkan. Sesekali mengimbau kembali kegemilangan fesyen bohemian di hujung minggu pun menarik juga!
  • Sama ada bintang sukan, bintang TV atau penghibur pentas, memang lumrah buat selebriti terkenal dunia memiliki kereta berjenama mewah. Meskipun kereta ini hanya sebagai koleksi memenuhi garaj belakang rumah!
  • Selebriti ini tidak banyak kerenah dalam soal menjaga kesihatan dan kulit kerana semuanya bergantung pada makanan. Tak percaya? Ikuti temubual kami bersama bintang popular yang baru saja melancarkan projek NESCAFE Cans "On the Life" bersama peminat ini.
  • Bergaya tidak salah brader, tetapi biarlah kena dengan caranya. Cubaan bergaya keterlaluan boleh menjadikan kita bahan ketawa orang yang melihat. Ada beberapa peraturan yang perlu kita ikut agar gaya tidak pelik dan janggal. Takkan nak ke shopping complex pakai tali leher. Jika inilah gaya anda, anda perlu bantuan.
  • Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan kita mempunyai keinginan untuk tampil kurus seperti model. Jika wanita sanggup melakukan apa saja demi kecantikan, kaum lelaki juga tidak ketinggalan, malahan masalah dikenali sebagai 'eating disorder' dikalangan kaum Adam kini semakin meningkat.
  • Sikap obses dan terlalu mempercayai sesuatu produk boleh menyebabkan kerugian pada diri sendiri. Kami tampilkan 10 mitos bertatarias yang sering kita amalkan, namun sebenarnya boleh menyebabkan keadaan lebih teruk apabila mempercayainya.
  • Bagaimana raya anda semua setakat ini? Untuk menjadikan kita terus tampil yakin dan bergaya diSyawal ketiga ini, kami ada beberapa panduan yang boleh diikuti. Lima rutin pagi raya yang akan buat anda cool habis dengan sepersalinan baju melayu.
  • Jika para wanita gemarkan alat solek dan memilih hari hujung minggu sebagai hari paling sesuai untuk membeli-belah, anda juga boleh memilih hari ini untuk membeli jam tangan baru. Walaupun tip membeli jam sudah diketahui ramai tetapi ada beberapa perkara yang kami boleh bantu.
  • Jubah atau abaya merupakan pakaian labuh yang lazimnya dipakai oleh masyarakat Arab dan kini telah diterima oleh masyarakat negara ini. Meksipun di Malaysia, jubah sering dikenakan oleh kaum wanita, namun untuk tahun ini keadaan akan sedikit berbeza. Jubah akan menjadi trend untuk tema Raya 2013 bagi anda jejaka-jejaka semua.
  • Sesiapa pun tahu bahawa bulan Ramadan merupakan bulan yang mendidik kita untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, juga perkara yang boleh membatalkannya. Namun selain itu, ada banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kita semua yang menjanjikan saham akhirat dan kebaikan di dunia.
  • ANDA AKTIF? SUKAKAN CABARAN? GEMARKAN AKTIVITI KECERGASAN? MUNGKIN ANDA IKON LELAKI MASKULIN YANG KAMI CARI
  • Jika sebelum ini anda sudah terbiasa membeli baju melayu yang siap dijahit, apa kata tahun ini anda tukar pilihan. Ahad seperti ini merupakan masa yang sesuai untuk anda pergi mencari dan membeli kain ela. Kami ada beberapa panduan berguna untuk anda yang bercadang ke gedung kain.
  • Tidak ada salahnya jika mahu meniru gaya selebriti pujaan. Jom intai almari pakaian jejaka terkenal Hollywood yang sinonim dengan aura maskulin ini. Mereka nampaknya meletakkan banyak masa untuk bergaya, bermula dari topi, gaya rambut, suit, jaket dan segalanya setanding dengan wanita. Tidak salahlah jika mereka selalu mendapat perhatian lensa kamera.
  • Sekarang ini bukan saja persekitaran Bukit Bintang menjadi tumpuan menghisap Shisha. Kedai-kedai makan biasa pun menjadi pusat penyebaran trend menghisap shisha dan rokok elektronik (e-rokok) secara berleluasa. Hisap, hembus sambil bersantai mungkin hari indah buat anda. Tetapi apa yang anda tidak tahu ialah alat-alat pelbagai perisa ini sebenarnya membawa kemudaratan yang lebih besar dan bahaya. Malah WHO pernah mengesahkan ia 400 kali lebih buruk daripada rokok.
  • Orang kata sesekali menjengah kedai-kedai makan kegemaran di pagi hari memang tidak ada salahnya. Cuma anda perlu pastikan menu yang dipilih mengikut keperluan pengambilan harian (RDA) iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia, jantina dan tenaga. Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas untuk makan dengan banyak ye. Ini dia lima menu berbahaya yang mungkin anda tidak sedar 'kebahayaannya.'
  • Jangan bagi alasan hari cuti sebegini untuk anda lebih memilih snek. Sebagai lelaki, anda memerlukan nutrien untuk membantu mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Mungkin banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia.
  • Ada sesetengah lelaki malu apabila rambut mereka ikal seperti perempuan. Malah yang kerinting pula terasa jauh daripada masyarakat. Ramai yang menyalahkan genetik kerana rambut ikal atau kerinting menyukarkan mereka melakukan potongan gaya rambut yang diingini seperti mohawk, mohican, sikat tepi, fringe, sleek side, roman, loose fop, loose long fringe dan macam-macam lagi. Tetapi ada sesuatu yang anda tidak tahu bahawa rambut kerinting juga ada personanya. Jika anda tidak percaya, anda patut lihat selebriti ini. Mereka membuktikan lelaki kerinting tetap laris!
  • Apabila bercakap tentang jambang, tidak semua orang sesuai dengan gaya ini. Ada kalanya ia nampak seksi dan menarik, namun ada masanya juga boleh kelihatan hodoh dan menakutkan. Apa pun, trend berjambang kini kembali popular. Berikut beberapa selebriti yang pernah berjambang dan mendapat kritikan dari industri hiburan. Juga bonus, tip asas berjambang yang harus anda tahu agar tidak dikritik hebat.
  • Ayah seperti bayang-bayang. Tidak kira sama ada di dalam keadaan baik atau buruk, mereka tetap ada bersama. Sempena hari bapa esok, mari raikan hari bapa ini dengan menyiapkan hidangan resipi 'bujang'. Sunguhpun bujang tetap penuh bermakna.
  • Sudah lama single tetapi tidak tahu bilakah masa sesuai untuk memulakan temu janji pertama. Sibuk dengan urusan kerja serta kuliah menjadikan anda seorang saja yang tidak berteman di kalangan rakan-rakan sekeliling. Apa kata pilih hujung minggu ini untuk bertemu dengan si dia yang telah lama memberi respon 'Yes' untuk bertemu.
  • Sejak dulu lagi dunia bina badan menjadi minat ramai orang khususnya lelaki. Mengaku sajalah jika anda salah seorang yang pernah menampal poster-poster selebriti berbadan sasa di bilik dengan hasrat ingin menjadi seperti mereka. Namun tahukah anda kebanyakan selebriti yang anda lihat hari ini asalnya bertubuh biasa? Pelakon Hollywood berikut antara pelakon bertubuh biasa yang berjaya mendapatkan tubuh badan berotot. Ketahui bagaimana mereka mencapainya dan mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi anda.
  • Buang jauh-jauh perasaan Monday Blues anda dengan menggayakan beberapa gaya smart formal ke pejabat. Sekali-sekala tampil segak seperti rapper Pitbull tidak ada salahnya. Jadikan hari Isnin anda yang ‘selalu bosan’ ini dengan membangkitkan semangat fesyen di kalangan teman sepejabat. Ia boleh membantu anda lebih ceria. Jika tak sempat hari ini, Isnin depan masih ada!
  • Segarkan ingatan dengan siri-siri drama seperti “Fresh Prince of Bel Air”, “Mighty Morphin Power Rangers”, “Save By The Bell” dan “Wayne’s World”. Tahun 90-an merupakan masa terbaik untuk budaya pop dan muzik. Fesyen seluar kaki luas, mengikat satu hoodie di pinggang dan terbalikkan topi besbol ke belakang memang sangat sinonim dengan gaya 90an. Malah sekarang ini, tidak ada salahnya kita mencari kembali gaya 90an untuk digayakan pada hujung minggu.
  • Melangkah ke tahun baru, gaya perlu berubah. Jangan hanya kekal pada stail lama yang membosankan. Bukan terlalu ikut trend tapi bijak suai padan item fesyen untuk tampil berbeza dari tahun sebelumnya.
  • Lelaki dan cabaran bukanlah satu isu yang pelik dan asing. Ia sentiasa berkaitan antara satu sama lain.