Bantu Si Badan Besar

Salam warga kerja Maskulin. Terima kasih kerana membantu golongan si badan besar seperti saya untuk berfesyen. Sejak adanya helaian bagaimana untuk menggayakan pakaian yang betul bagi si badan besar, ia benar-benar membantu kehidupan saya. Dari segi pilihan warna, corak dan juga material juga tidak terkecuali. Saya harap ruangan ini dapat dikekalkan dan membantu ribuan lagi lelaki di luar sana untuk tampil bergaya sepanjang masa. Syabas, Maskulin! - Herry, Miri Sarawak

 

Semakin Berani Dengan Warna

Jika dahulu, saya tidak banyak membeli baju-baju yang berwarna. Paling banyak dalam simpanan adalah warna hitam, putih dan juga seluar jeans. Bukan tidak mahu mencuba tetapi keyakinan saya menghalang semua itu. Dari zaman belajar sehinggalah memasuki penghujung 20an, saya setia dengan pilihan warna tersebut.

 

Seuatu hari, teman wanita saya menyarankan agar mendapatkan majalah Maskulin. Bukan tidak pernah membaca majalah ini tetapi saya kurang alpa dengan dunia fesyen. Bila membaca, entah mengapa saya tertarik dengan padanan warna yang disarankan oleh majalah ini. Keesokan harinya saya berani membeli sehelai kemeja-T berwarna biru muda dan dipadankan dengan seluar jeans.

 

Penampilan saya pada hari itu sedikit lain dan teman wanita saya kelihatan riang berjalan dengan saya. Mungkin kerana warna tersebut sekaan menceriakan saya juga mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Sejak hari itu saya semakin berani mencuba pelbagai warna yang saya rasa cocok dengan penampilan jua menjadi pembaca Maskulin yang setia. Terima kasih sekali lagi Maskulin kerana menyedarkan saya mengenai keseronokan dunia warna. - Rahim, Setia Wangsa, Kuala Lumpur

 

Hantarkan komen, pandangan atau pertanyaan anda ke editor.maskulin@karangkraf.com dan menangi sebotol pewangi Ferrari Scuderia Black Edt 125ml edisi terhad. Emel terpilih akan disiarkan.