Dr. Maskulin, saya berusia 30 tahun dan rambut mula gugur dengan banyak. Saya lihat rakan seusia saya masih lebat rambutnya. Boleh doktor jelaskan mengapa rambut boleh gugur dengan  banyak dan apakah produk yang sesuai untuk digunakan? Terima kasih dan saya mengharapkan jawapan daripada doktor. - Azlan Izham, Balik Pulau, Pulau Pinang

 

JAWAPAN

Sebagai lelaki, mempunyai masalah keguguran rambut pada usia yang muda memang memberi kesan terhadap keterampilan serta keyakinan diri. Ada pelbagai sebab kehilangan rambut tetapi untuk lelaki 95 peratus punca masalah rambut disebabkan  oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan dibahagian  kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.

 

Di dalam kes keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala. ia menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.

 

DHT hanya memberi kesan terhadap akar rambut yang terdapat di bahagian hadapan dan tengah kepala sahaja. Rambut di bahagian belakang kepala tidak terganggu. Begitu juga bulu roma seperti janggut, misau, kening dan bulu badan.

 

Jika anda mengalami masalah "Male Pattern Baldness", anda akan kehilangan rambut di bahagian hadapan, tepi dan tengah rambut. Rawatan peringkat awal adalah mengambil ubat anti DHT seperti Fiansteride atau Dutasteride. Kedua-dua ubat ini sangat berkesan untuk menghalang rambut gugur  utnuk kes "Male Pattern Baldness".

 

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan semburan Minoxidil. Kedua-dua ubat ini hanya boleh menghalang rambut dari terus gugur. Ia tidak akan menambah bilangan rambut anda dan jika anda berhenti menggunakan rawatan ini, rambut akan gugur kembali.

 

Jika rambut anda sudah terlalu nipis, rawatan berkesan untuk menambah bilangan rambut adalah dengan melakukan tanam rambut (hair transplant). Hair transplant menggunakan rambut di bahagian belakang kepala (rambut ini tahan terhadap serangan hormon DHT) dan dipindahkan ke bahagian hadapan serta tengah kepala. Untuk mengetahui lebih lanjutmengenai hair transplant, anda boleh membaca blog saya dia www.drshahhairclinic.blogspot.com.

 

Buat masa initiada syampu atau serum yang benar-benar boleh membantu maslah rambut selain daripada ubat Finasteride dan semburan Minoxidil. Tetapi jika masalah rambut anda diperingkat teruk, hanya hair transplant sahaja jawapannya.

 

-Dr Shaharom Sulaiman, Thalia Clinic, Kuantan Pahang