Dr. Maskulin, saya bekerja di bidang kewangan dan sering mengalami tekanan. Apabila tertekan, saya berasa tubuh lesu dan urat-urat tubuh menjadi tegang. Ada yang kata, bila mengalami masalah tersebut disebabkan 'angin dalam badan'. Saya masih belum faham mengenai angin di dalam badan. Apakah langkah terbaik untuk mengatasi ketegangan dan tekanan ini. -Abdul Hadi bin Razali

 

JAWAPAN:

Kehidupan seharian kita memang penuh dengan tekanan. Ia boleh datang dalam bentuk tugasan kerja, kekecewaan, permintaan dan pelbagai bentuk lagi. Bagi kebanyakan orang (mungkin  termasuk anda) tekanan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

 

Tekanan tidak semestinya sesuatu yang tidak bagus. Dalam dos yang kecil, sedikit tekanan boleh membantu atau mendorong anda menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Tetapi jika anda sentiasa berada dalam situasi di bawah tekanan sama ada mental atau fizikal, lambat laun ia boleh mengganggu kesihatan. Jika dapat mengesan tanda-tanda awal yang menunjukkan tekanan telah mengganggu kesihatan, anda boleh mengambil langkah awal untuk mengurangkan kesan buruk akibat tekanan tersebut.

 

Tekanan adalah tindak balas fizikal untuk mengharungi peristiwa yang membuatkan kita rasa terancam, cemas atau mengganggu keseimbangan kehidupan. Tekanan juga membantu kita menghadapi cabaran atau mengejar sesuatu matlamat. Dalam situasi tekanan memuncak, manusia menghadapinya dengan salah satu tiga cara:

 

1. Jika seseorang menghadapi tekanan, dia akan menjadi resah, marah dan tidak boleh duduk diam.

 

2. Seseorang itu boleh menjadi 'zombie' apabila menghadapi tekanan iaitu tidak responsif dan menjauhkan diri.

 

3. Seseorang boleh menjadi beku apabila di dalam tekanan tetapi jauh di dalam hati, anda tidak keruan dan gelisah.

 

Untuk mengetahui tanda-tanda tekanan dari segi simptom kognitif, emosi dan fizikal, semuanya ada di dalam majalah Maskulin edisi April 2014 di muka surat 61.

 

-Dr Shaharom Sulaiman, Thalia Clinic, Kuantan Pahang